Rabu, 25 Februari 2015

Tips Musim Panas

Posted: 23 Feb 2015 09:30 PM PST
Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas. 

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.



"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil. 

Sehubungan itu, Ridzoni berkata, pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing). 

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari). 

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan. 

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakananwww.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi ketika dihubungi pula berkata, suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering. - Bernama

Ahad, 22 Februari 2015

penyakit hati



 frog-riding-beetle-hendy-mp-3
frog-riding-beetle-hendy-mp-4
 
frog-riding-beetle-hendy-mp-6
 
 frog-riding-beetle-hendy-mp-7
frog-riding-beetle-hendy-mp-9
frog-riding-beetle-hendy-mp-10
  frog-riding-beetle-hendy-mp-5
 
 frog-riding-beetle-hendy-mp-1
Sumber: Boredpanda /amazingnara
Posted: 20 Feb 2015 10:00 PM PST
Ada lebih 100 penyakit yang memudaratkan kesihatan hati tetapi penyakit hati yang lazim berlaku ialah penyakit hati berlemak tanpa alkohol (Non-Alcoholic Fatty Liver Disease atau NAFLD).

NAFLD terjadi akibat pengumpulan lebihan lemak yang bukan disebabkan oleh pengambilan alkohol. Ia disebabkan punca lain seperti obes, gangguan insulin dan diabetes.

Dianggarkan lebih 30 peratus orang dewasa di negara maju menghidap NAFLD dan antara 70 peratus hingga 90 peratus daripada mereka yang obes atau menghidapi diabetes berdepan masalah NAFLD.

Di Malaysia, dianggarkan sebanyak 17 peratus individu dewasa mengalami penyakit ini dan angka ini dijangka meningkat berikutan gaya hidup dan amalan pemakanan tidak sihat dalam kalangan rakyat.
 





Adalah sesuatu yang normal untuk hati mengandungi sedikit lemak. Namun, anda boleh tergolong sebagai pesakit hati berlemak jika jumlah lemak pada hati melebihi lima peratus daripada berat keseluruhan organ berkenaan.

Penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD) mungkin bukan penyakit biasa yang didengar oleh kebanyakan orang, namun penyakit ini semakin menjadi kebimbangan di seluruh dunia dalam hal berkaitan kesihatan.

NAFLD ialah sejenis gangguan hati kronik yang utama dan kebanyakannya berlaku di negara perindustrian seperti Amerika Utara, Eropah dan Australasia, malah NAFLD juga didapati semakin meningkat pada kadar membimbangkan di kawasan Asia Pasifik.

Kajian menunjukkan kadar tersebar luas menjangkau 30 peratus di Taiwan dan Jepun serta 20 peratus di China, terutama dalam kalangan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Di Malaysia pula, NAFLD membabitkan sebanyak 60 peratus populasi rakyat obes termasuk mereka yang mempunyai kekurangan tolerans glukosa.

Presiden Yayasan Hepar Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, ketika ini kesedaran di Malaysia mengenai NAFLD serta bahaya penyakit itu masih rendah.

"NAFLD boleh wujud bertahun-tahun tanpa dikesan hingga pemeriksaan rutin dijalankan. Pada tahap itu, penyakit berkenaan mungkin kian mudarat ke peringkat seterusnya seperti pembentukan parut pada hati (sirosis) atau lebih teruk lagi.

"Peningkatan kesedaran mengenai NAFLD adalah penting selain penyemaian pendekatan lebih proaktif ke arah menangani NAFLD yang lebih baik," katanya pada tutorial media mengenai NAFLD yang dianjurkan Yayasan Hepar Malaysia dengan kerjasama Sanofi Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Secara umum, NAFLD ditafsirkan sebagai merangkumi penyakit hati tanpa sejarah pengambilan alkohol yang serius. Penyakit hati ini termasuk fibrosis dan Steatosis Bukan Alkoholik (NASH, rentetan kepada NAFLD yang boleh membawa kepada sirosis), kegagalan hati dan kanser hati.

Penyakit ini tidak membezakan sesiapa, jadi semua individu berisiko mendapat hati berlemak. Walaupun penyebab sebenar belum dikenal pasti, penyakit ini banyak dikaitkan dengan masalah obesiti, kencing manis melitus jenis 2 dan sindrom metabolik (MS).

Dalam kebanyakan kes, NAFLD tidak menyebabkan berlaku apa-apa tanda atau gejala hinggalah mencapai tahap lebih malignan yang menyukarkan diagnosis.

Setakat ini, biopsi hati kekal sebagai cara utama dalam menentukan penyakit, manakala kaedah diagnosis lain yang biasa digunakan termasuk Tomografi Berkomputer (CT scan), Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), ultrasonografi (US) serta penggabungan teknik.

Mengulas cara NAFLD ditangani di Malaysia pada waktu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hepar Malaysia, Prof Dr Nor Shahidah Khairullah berkata, disebabkan kaitannya yang sangat rapat dengan obesiti dan Diabetes Mellitus Jenis 2, amalan gaya hidup sihat kekal sebagai cara paling baik dalam menangani NAFLD.

"Pesakit dinasihatkan supaya mengamalkan tabiat pemakanan lebih sihat, lebih aktif secara fizikal dan mengurangkan berat badan berlebihan.

"Pun begitu, bagi perubahan ketara yang berlaku, semua pihak sama ada kerajaan dan pesakit itu sendiri harus memainkan peranan lebih besar dalam mengatasi NAFLD yang kian meningkat di Malaysia.
"Jururawat juga harus bekerja di samping doktor bagi memastikan pesakit konsisten dengan pelan rawatan serta membantu mereka dalam apa jua masalah yang mungkin dihadapi berkenaan penyakit itu," katanya.
Jelasnya, dalam sesetengah kes, beberapa diet tambahan boleh membantu mengurangkan kemak hati. Bagaimanapun, kajian masih dijalankan untuk menentukan kepentingannya dalam rawatan NAFLD.
"Setakat ini terapi ubatan yang terbukti masih belum ada, namun kajian awal menunjukkan Fosfolipid Penting (EPL) mempamerkan keberkesanan tinggi dalam menangani hati berlemak.

"Fosfolipid dikenali sebagai unit asas dalam binaan membran sel hati yang menyokong fungsi utama organ itu," katanya.

Sebuah kajian perbandingan turut menunjukkan EPL mempunyai kadar penyerapan yang sangat bagus iaitu lebih 90 peratus jika dibandingkan dengan tisel susu yang hanya berkadar 23 hingga 47 peratus.
Kadar penyerapan yang tinggi ini menyumbang kepada keberkesanan EPL dalam membran sel serta meresap ke dalam sel untuk memberikan kesan pemulihan.

Tanda atau gejala:

Kebanyakan pesakit yang menghidap hati berlemak tidak mempunyai apa-apa tanda. Namun berikut adalah gejala yang boleh didapati: 

- Letih
- Kurang selesa pada bahagian abdome -di rusuk kanan
- Pembesaran hati (hepatomegaly)
- Ujian darah fungsi hati (Liver Function Test) yang tidak normal (alanine amino transaminase atau ALT dan aspartate transaminase atau AST) Kebanyakan pesakit dikesan melalui cara ini.

Biasanya pesakit yang mempunyai risiko untuk menghidap hati berlemak (seperti obesiti dan diabetes) akan dikesan mempunyai keganjilan pada ujian darah fungsi hati atau kadar ALT atau AST yang tinggi.
Seterusnya ujian skan abdomen akan mengesahkan kewujudan hati berlemak. Namun pada sesetengah pesakit, biopsi hati mungkin dijalankan untuk memastikan kewujudan penyakit itu dan tahap penyakit berkenaan.

Komplikasi

Pesakit yang menghidap penyakit hati berlemak pada jangka panjang boleh mendapat sirosis seperti pesakit sakit hati kronik yang lain. Pesakit yang menghidap sirosis boleh mendapat gejala ascites (pengumpulan cecair di abdomen), muntah darah disebabkan oleh pendarahan salur varices di salur pemakanan dan juga hepatik enkephalopathi (koma disebabkan oleh kegagalan fungsi hati).

Pesakit yang menghidap sirosis juga berisiko tinggi untuk mendapat kanser hati atau hepatoma. Pesakit yang menghidap penyakit yang mempunyai risiko untuk hati berlemak seperti diabetes, darah tinggi dan dyslipidemia hendaklah menjalani rawatan susulan yang berterusan dengan doktor masing-masing kerana ia adalah penyakit yang tidak mempunyai tanda yang ketara pada peringkat awal.

Pencegahan awal akan dapat mengelakkan pesakit mendapat sirosis dan seterusnya mengalami komplikasi yang disenaraikan di atas.

Pencegahan
Amalan gaya hidup sihat penting bagi mengelak penyakit hati berlemak. Tabiat pemakanan yang seimbang adalah penting bagi mengelakkan masalah obesiti dan konsultasi pakar diet atau pemakanan boleh membantu.
metro

Ahad, 1 Februari 2015

nenas

Manfaat Buah Nanas

Copas dari dr. Soelihanto, dr. Ahli Bedah di Batam.
MAKAN NANAS:
—————-
Kalau makan nanas bagian tengahnya dibuang gak??.
Mulai sekarang jangan dibuang ya!!!. Bagian tengah nanas ini bagus. banyak seratnya anti CANCER USUS.
Bagian yang biasa kita makan itu  umumnya adalah gula. Yang tengah itu namanya “Bromolin”. Khasiat Bromolin dirahasiakan pihak medis karena Bromolin membantu penyerapan semua vitamin, mineral dalam tubuh.  Pada pasien kanker, Bromolin melunakkan dinding2 sel sehingga obat dapat benar2 menembus ke inti sel. Terus pemakaian obat2an hanya diperlukan 25% saja dari dosis.
Misalnya: Antibiotik 100mg , kalo makan Bromolin, kita hanya perlu yang dosis 25mg .
Kenapa dirahasiakan ?
Karena industri obat dunia terancam penjualan nya . Bayangkan saja misalnya dalam 1 pil mereka biasa pakai zat tertentu 100mg, lalu sekarang hanya pakai 25mg. Bisa gulung tikar pabrik nya. Semoga berguna. Jadi, makan nanas, makan juga tengahnya karena disitulah kebaikan utama yang bisa didapatkan dari buah nanas.
Bromolin itu 10.000 kali lebih kuat dari Kemotherapi .
Kisah Nyata:

Pengalaman teman. Ada penyumbatan pembuluh darah banyak luar biasa , sudah pasang ring 7. Sekarang dia makan Bromolin sama Vitamin C dosis tinggi dan penyumbatannya bersih sendiri. Dulu setiap 6 bulan sekali dia scan selalu ada yang tersumbat. Sekarang bersih sama sekali dan jadi lancar, tidak ada yang tersumbat.
Semoga bermanfaat!!!.