Isnin, 6 April 2015

selepas makan

  • 6 tindakan tersebut adalah:

  • Jangan Merokok - Pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Oleh itu, kemungkinan menghadapi kanser adalah lebih tinggi.
  • Tidak Makan Buah-buahan Serta Merta - Bukan bermakna tidak boleh makan buah tetapi adalah lebih baik jika mengambil buah-buahan dalam jarak masa 1 – 2 jam selepas makan. Hal ini untuk mengelakkan perut akan mengembung dengan mudah.

  • Jangan Minum Teh - Teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan akan menjadi keras dan sukar untuk dihadam.

  • Jangan Mandi - Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan alirah darah ke tangan, kaki dan badan. Ia akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah.

  • Jangan berjalan selepas makan - Orang selalu berkata Bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup hingga 99 tahun. Sebenarnya ini tidak benar, Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dari pengambilan makanan kita .

  • Jangan tidur dengan segera - Pengambilan makanan kita tidak akan dapat mencerna dengan betul. Ia akan membawa kepada gastrik & jangkitan di dalam usus kita.
MUMMYNEMO 

Sabtu, 4 April 2015

daun kari

Posted: 02 Apr 2015 10:00 PM PDT
Daun kari, sejenis tumbuhan herba yang biasanya digunakan untuk memasak pelbagai jenis kari. Aroma daun tersebut dikatakan dapat mewangikan masakan. Namun mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa daun kari juga berkhasiat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya:

Khasiat Daun Kari Untuk Kesihatan
 

1. Cirit Birit Dan Buasir – Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai julap lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.



2. Loya Dan Pening – Jus daun kari yang segar dicampur dengan jus limau nipis boleh digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya ialah dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening bagi wanita mengandung.

3. Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Air rebusan kulit batang daun kari yang kering dikatakan boleh mengawal diabetes. Malah amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Penjagaan Rambut – Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan sehingga hangus.
 Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat Gigitan Serangga Dan Haiwan Berbisa– Buah pokok daun kari perlu dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Kemudian hancurkan dan tampal ke tempat yang terkena gigitan.

6. Lebam Dan Bengkak – Hancurkan daunnya untuk dijadikan pes dan tampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan Dan Kesihatan Diri – Amalkan meminum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari untuk kecantikan dan kesihatan diri.

Jadi sekarang kita dah tahu, daun kari bukan sekadar untuk menambah aroma dalam masakan tetapi ada juga khasiat untuk kesihatan.
 http://www.puterikasih.com