Ahad, 31 Mei 2015

Bawang Merah Mentah

5 Manfaat Mengejutkan Bawang Merah Mentah Untuk Kesehatan

Berbicara mengenai makanan dan bahan alami yang memiliki segudang manfaat untuk kesehatan, tentu kita tahu bahwa banyak makanan yang memiliki segudang manfaat. Salah satu makanan dan juga bumbu dapur yang memiliki segudang manfaat mengejutkan untuk kesehatan adalah bawang merah. 
Jika Anda pernah mengetahui orang tua jaman dahulu sering kali mengkonsumsi bawang merah yang masih mentah, maka kini Anda akan tahu mengapa mereka melakukan hal tersebut. Dilansir dari laman care.com, bawang merah memiliki banyak manfaat mengejutkan untuk kesehatan tubuh. Dan inilah beberapa manfaat mengejutkan bawang merah tersebut untuk kesehatan.
Mengontrol Diabetes
Makan bawang merah mentah dipercaya bisa meningkatkan produksi insulin. So, ketika seseorang teratur makan bawang merah mentah, hal ini akan membantunya memiliki kesehatan maksimal dan diabetes dalam tubuhnya pun bisa terkontrol dengan baik.
Menyehatkan Jantung
Siapa yang tak ingin memiliki jantung sehat. Bisa dipastikan semua orang menginginkan organ manusia paling penting ini selalu sehat dan terhindar dari berbagai penyakit. Agar jantung Anda selalu sehat, cara mudah yang bisa dilakukan adalah memperbanyak makan bawang merah. Nutrisi dan vitamin yang terkandung pada bawang merah mampu melindungi jantung, paru-paru bahkan liver dari berbagai virus dan bakteri penyebab penyakit.
Mencegah Kanker
Kanker merupakan salah satu penyakit paling mematikan serta berisiko bagi siapapun. Untuk mencegah risiko kanker, pastikan untuk memanfaatkan bawang merah mentah.  Pada bawang merah mengandung banyak senyawa belerang juga sulfur. Senyawa inilah yang dapat melindungi tubuh dari berbagai risiko kanker seperti kanker payudara, kanker lambung, kanker prostat, kanker usus dan kanker paru-paru.
Atasi Radang Tenggorokan
Biasanya, saat pergantian musim atau pancaroba, tidak sedikit orang yang terserang flu bahkan mengalami radang tenggorokan. Agar pergantian musim kali ini Anda tak mengalami radang tenggorokan atau sembuh dari radang tenggorokan, cobalah untuk mengkonsumsi bawang merah mentah. Nutrisi yang terkandung dalam bawang merah dipercaya sangat baik untuk mengatasi radang tenggorokan.
Menurunkan Berat Badan
Apakah Anda memiliki masalah dengan berat badan? Sudah berulang kali mencoba diet namun tubuh tak kunjung langsing? Jika iya, usahakan untuk melakukan diet dengan memanfaatkan bawang merah. Konsumsi bawang merah mentah selama menjalankan program diet setidaknya 3 sampai 4 siung setiap hari. Kromium yang terkandung dalam bawang akan membantu Anda menurunkan berat badan lebih cepat.
Akhi, itulah manfaat mengejutkan bawang merah untuk kesehatan. Namun ingat, mengkonsumsi bawang merah berlebih juga bisa berdampak negatif pada tubuh. Aroma khas pada merah bisa memicu bau badan. Jadi, ketika ingin sehat dengan bawang merah, Anda juga perlu mengkonsumsi makanan lain yang bisa meredakan bau badan secara alami.
Sumber : WA SAS Sehat

jika dipatuk/digigit ular

Apakah yang anda harus lakukan jika dipatuk/digigit ular atau apabila anda syak anda dipatuk ular.
1. Pertama sekali anda mestilah bertenang. Jangan panik! Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 17 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah 'dry bites'.
2. Pada masa yang sama, cuba cam kan rupa, ciri2 dan warna ular tersebut bagi tujuan pengesahan spesies di hospital nanti. Di era moden ini, sila ambil gambar ular tersebut dgn smart phone (jenama mesin basuh pun boleh, tak semestinya iPhone 
 k emoticon
3. Jangan mengikut adegan dalam cerita Hindi atau Tamil dengan memotong atau menghisap tempat gigitan ular tersebut! Ia sama sekali tidak membantu malah boleh menyebabkan kecederaan tisu menjadi lebih teruk! Juga boleh menyebabkan bisa ular merebak dgn lebih cepat di dalam tubuh pesakit akibat dikolom ganas oleh anda wink emoticon. Bisa ular di dalam badan mangsa akan segera merebak ke dalam saluran limfa dan adalah mustahil utk manusia menyedutnya semula.
4. Dapatkan bantuan segera. Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital terdekat dengan anda.
5. Kurangkan pergerakkan pada anggota yg dipatuk ular. Memasang anduh atau splint utk mengurangkan pergerakkan adalah amat membantu.
6. Jangan ikat atau pasang torniquet pada anggota badan yg dipatuk ular! Ia tidak membantu merencatkan penyebaran bisa ular. Malah ia menambahkan kesakitan dan jika dibiarkan terlalu lama boleh merosakkan anggota yg terlibat akibat sekatan bekalan darah!
7. Kurangkan pergerakkan mangsa seminima yg boleh. Kekal bertenang sepanjang masa. Ini adalah penting kerana degupan jantung yg laju dan pergerakkan badan yg keterlaluan akan menyebabkan merebaknya bisa lebih pantas dan mungkin menyebabkan ganguan sistemik. Atas sebab ini juga elakkan pesakit terdedah kepada agen2 yg boleh mempercepatkan degupan jantung seperti minum kopi, minuman beralkohol dan rokok.
8. Cuci luka patukan ular itu dengan air yang bersih tanpa menyental atau menggosok2 lukanya. Juga, anggota yg dipatuk ular berkemungkinan akan bengkak akibat bisa ular tersebut. Oleh itu tanggalkan cincin, jam tangan, gelang dll yang mungkin akan tersangkut kelak akibat bengkak yg keterlaluan. Ini juga akan mengganggu pengaliran darah.
9. Jika ular sudah dibunuh, boleh bawa bangkai ular tersebut ke hospital bagi tujuan pengecaman spesies. Ini adalah penting bagi memastikan anti-venom yg tepat dapat diberikan seandainya perlu.
Harus diingat, berhati2 menguruskan bangkai ular tersebut. Walau ia telah mati, kita masih boleh terdedah kepada bisanya seandainya jari kita tertusuk pada taring ular tersebut.
10. Rawatan lanjut akan diberi oleh Pakar Kecemasan di Hospital.
 sozcyili.blogspot

Khamis, 21 Mei 2015

Madu Lebah

Baru di perkenalkan pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu ‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu. Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g. Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara. Parameter lain yang diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik yang baru diperkenalkan dalam tahun 1996. Ia melibatkan ukuran yang mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi 0.8mS/cm. Sains Perubatan Telah Membuktikan Khasiat Madu" Fakta sains perubatan mengatakan madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi. Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus. Beberapa Lagi Kelebihan Madu Menurut Sains Perubatan  Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia  Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)  Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)  Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)  Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)  Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales) Penemuan dan kajian yang di jalankan oleh doktor-doktor, termasuk doktor pakar perubatan serta oleh ahli-ahli biologi yang merawat pesakit mereka dengan madu lebah. Kebanyakan mereka dari Rusia, Amerika, England, New Zealand dan dari Timur Tengah. Ada antara mereka telah membuat kajian secara serius dengan mengemukakan statistik dan ada yang melakukan untuk rujukan diri sendiri. Madu sebagai antibiotik. Ada beberapa pengkaji yang membuat kajian madu sebagai antibiotik. Di antaranya adalah seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh. Kajian Dr Molan ini agak menarik kerana tidak semua sampel madu yang diambil mengandungi paras NHP yang sama.Di mana beliau dapati ada madu yang lambat memberi kesan kepada luka yang dirawati. Ini adalah bukti yang menyatakan bukan semua madu tulin itu berkualiti. NHP hasilkan oleh enzim yang terdapat di dalam madu. Sifat serap air madu telah lama di ketahui, ini disebabkan perbezaan kelikatan iaitu berlaku proses osmosis. Contoh mudah jika botol madu direndam air untuk menghalang semut, kita akan dapati madu tersebut semakin cair dan air semakin kering. Kesan serap air ini, akan menyebabkan bisul atau abscess yang bengkak bernanah akan cepat ‘kecut’ jika dibalut dengan madu. Dr. Molan juga membuat kajian di makmal di mana bakteria ‘streptococcus pygones’ iaitu bakteria penyebab sakit tekak, di mana bakteria ini tidak dapat membiak di dalam madu dan mati. Hiruplah madu dan simpan seketika di dalam mulut, InsyaAllah akan melegakan sakit tekak anda. Madu sebagai anti-fungal, ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal ( kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut. Mengikut pendapat Dr Yusof Abas, Madu boleh diambil bersama dengan semua jenis ubat. Beliau tidak bersetuju dari beberapa buku penulis tempatan yang menyatakan madu tidak boleh dimakan bersama ubat darah tinggi, kencing manis dan ubat-ubat lain. Madu adalah makanan tambahan. Tetapi MUNGKIN madu yang diadun bersama rempah ratus atau bahan-bahan lain tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubat hospital. Beliau juga mencadangkan kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, agar jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital. Madu sebagai Anti-ulser perut (gastric ulcer). Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya. Adakah madu juga sebagai antibiotik??. Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati beberapa minit. Kebiasaannya demam selsema di sebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah menurun, bakteria demam selsema pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Dengan minum madu saja, tidak memerlukan antibiotik bagi merawat demam selsema ini malahan demam dan batuk cepat sembuh. Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%. Mengikut penggalaman Dr. Yusof Abas, pengalaman beliau bersama dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang (peripheral neuropathy). Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-pelahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR (slow release) ini. Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagaikan kepada 6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh. Anti-hipertensi. Pesakit darah tinggi (hipertensi) mempunyai banyak pilihan, doktor-doktor perubatan juga mempunyai banyak pilihan untuk dicuba keatas mereka. Malahan hipertensi bukan sakit yang kekal , ianya boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan jaga pemakanan. Minum madu boleh membantu, belum ada kajian khas yang di lakukan terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu. Anti-kolesterol, Dalam satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan). Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml (dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam..Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam. Jika minum satu sudu madu waktu pagi, anda mungkin akan terasa lapar pula di waktu tengahari. Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah. Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri. Tip mengenali Kualiti dan Keaslian Madu Madu adalah produk lebah yang penuh dengan tanda tanya bagi manusia untuk memahaminya, sehingga kini masih ada tidak kurang dari berbelas jenis zat didalam Madu yang masih belum didefinisikan oleh ilmu pengetahuan modern dan belum diberi nama. Karena terbatasnya ilmu manusia, bagi membuktikan sama ada Madu itu asli atau tidak ia memerlukan kepandaian tersendiri. Namun setidak-tidaknya ada kesepakatan umum bahwa Madu dikatakan asli apabila dalam proses pembuatannya dari mula sampai ke hasil terakhir ia mesti tidak mengalami pencampuran dengan zat tambahan apapun – selain cairan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah tersebut. Madu asli memiliki komposisi kandungan zat tertentu (sebagian sudah dikenali pasti dan sebagian yang lain masih belum), maka keaslian Madu bolih di analisa melalui kandungan zat yang ada dalam Madu tersebut – yaitu pada zat yang sudah dapat dikenali. Sejauh ini belum ada suatu Nilai Khas (standard) keaslian Madu diterima pakai diseluruh dunia, namun standar kualiti yang dipakai olih International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa pun tidak dapat diterima sepenuhnya olih Amerika dan Eropa. Di Malaysia belum ada satu badan khusus yang menggawal kualiti madu lebah, tapi pada kebiasaannya ia dirujuk ke MARDI dan akhir akhir ini pihak UM dan USM mula memainkan peranan secara tidak langsung kepada pengiktirafan pengeluaran Madu Lebah. Terdapat bermacam macam jenis madu di pasaran tempatan sehingga tidak mudah mengenali yang asli dengan yang palsu, namun dengan mengerti sifat dan kandungan madu kita mampu menilai yang mana asli dan palsu serta kualiti madu yang mana baik dan tidak. Di antara Madu tiruan; 1. Pemalsuan JUMLAH, dilakukan dengan menambah volume madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya dicampurkan gula/madu buatan yang relatif lebih murah kemudian diaduk. 2. Pemalsuan MUTU, biasanya dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang tadinya tinggi, lalu diturunkan dengan pemanasan. 3. Pemalsuan MENYELURUH, yakni madu yang dituntut sebagai “asli” wahal sebenarnya 100% buatan sendiri. Secara mata kasar memang sulit membedakannya, diperlukan pengujian jumlah (kuantitatif) bagi menentukan keaslian madu. Hanya dengan ujian jumlah, maka madu dapat dikenal pasti sebagai dipalsukan atau ditambahkan sesuatu seperti apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, daya hantar eletrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandung PbCl2, PbSO4, anion dan kation. Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimal 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasaman (pH) yang tetap berkisar 3,4 – 4,5, sedangkan pH madu palsu 2,4 – 3,3 atau diatas 5. Aktiviti enzim diuji pada madu asli berkualiti minimal 5 dengan kadar (ratio) Kalium (K) dan Natrium (Na) sekitar 4,0. Pada madu palsu rasionya 0,05-0,1. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang bolih diperiksa dengan alat polarimeter. Secara Am nya, madu asli dan palsu dapat dibedakan dengan melihat ciri khas fisikal madu asli sebagai berikut : 1. Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas. Madu palsu akan mudah terserap kepermukaan kertas karena kandungan airnya tinggi. 2. Cara kedua, dengan mengoncang. Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika digoncangkan. 3. Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam. Madu asli yang dicampur bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng. 4. Cara keempat, dituang ke mangkok berisi air. Madu asli akan terus jatuh ke dasar mangkok, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar. Sayangnya, dimasa kini banyak madu palsu yang benar-benar menyerupai madu asli hingga cara-cara tersebut hanya bolih diambil sebagai panduan saja. Tipsnya adalah dengan membeli madu di tempat dan orang yang benar-benar dipercayai. Bila terpaksa membeli di tempat lain, bandingkan harganya, adakah lebih mahal atau murah dari yang kita pernah beli, dan bayangkan warnanya adakah sama seperti yang pernah kita beli.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

jangan panaskan semula

Posted: 18 May 2015 10:00 PM PDT


panaskan
 
Biasanya kalau ada makanan yang masih ada lebihan semalam, Kita akan memasukkannya ke dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula keesokkannya. Hal ini nampaknya macam sesuatu yang biasa namun memakan makanan yang dipanaskan semula boleh mendatangkan bahaya.

Hal ini disebabkan karena beberapa makanan bakan  berubah komposisinya setelah dipanaskan semula. Banyak kandungan gizi yang akan hilang dan mungkin  mengandungi racun yang sangat berbahaya jika dimakan lagi. Berikut ini beberapa jenis makanan yang kita tidak boleh panaskan semula.




1. Cendawan
kulat

Masakan cendawan ini sebaikanya kita makan selepas di masak.  Sekiranya ada lebihan, lebih baik kita makannya dalam keadaan sejuk dari memanaskannya semula.  Ini adalah kerana jika di panaskan, maka akan terjadi perubahan dalam komposisi proteinnya, rasanya juga akan berubah.  Sekiranya kita memakannya selepas dipanaskan ianya akan mendatangkan masalah kepada sistem pencernaan kita.

2. Ayam
ayam p

Masakan ayam ini lah yang sering dipanaskan semula, Sebaiknya ini jangan dilakukan kerana sama seperti cendawan, kandungan proteinnya akan hilang.  Sekiranya kita memanaskannya berulang kali ia akan menjadi beracun.

3. Bayam
bayam

Bayam mengandungi banyak nitrat yang jika kamu panaskan berulang kali, maka kandungan nitratnya akan berubah menjadi nitrit. Nitrit berpotensi menjadi karsinogen atau zat pemula kanser Sekiranya kita mahu makan bayam, makanlah selepas di hidangkan. Lebih baik makan sejuk daripada makan selepas  di panaskan semula

4. Selederi
sedri
Seledri biasanya sering dijumpai pada makanan berkuah. Seledri juga mengandung nitrat yang kalau dipanaskan boleh mengubah nitrit menjadi karsinogen. Kalau mau panaskan,  sebaiknya potongan-potongan seledrinya dibuang dulu ya?

5. Telur
telur

Bagaimana kalau memanaskan telur? Sama berbahayanya, guys. Jika diteruskan  suhu tinggi secara berulang, telur boleh  menjadi racun jika kamu memakannnya, terutama telur yang dimasak dengan cara direbus atau dalam keadaan  bulat dengan bahagian kuning tetap berada di dalamnya.

6. Kentang
kentang

Banyak orang percaya bahwa kentang mengandung banyak gizi penting untuk tubuh, Kerana itu  kentang juga sering dijadikan makanan pengganti nasi bagi yang ingin menurunkan berat bandan. Tapi kalau dipanaskan kembali,  kandungan gizinya akan hilang malah boleh menjadi beracun. Kalau ingin memakannya, makanlah dalam keadaan sejuk apa adanya, jangan dipanaskan ya?
mummynemo 

Jumaat, 15 Mei 2015

BERPANTANG:-AKIBAT LUKA

PEMAKANAN YG DISYORKAN SEMASA BERPANTANG:-

Ibu-ibu dalam pantang bersalin boleh memakan: 

Buah-buahan saperti Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk), Jus Epal, Blackcurrant, buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika (Jika bayi juandis, elakkan minuman herba)

Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan Madu Lebah.

Sayur-sayuran yang disyorkan boleh dimakan ulam-ulam Pengaga, Lemuni , Daun dan Bunga kunyit, Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus , Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang (merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

Nasi Panas sederhana lembut , Bubur Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
Ikan yang segar iaitu Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang , Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains
Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari

MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA BERPANTANG
Hindari ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol, parang dan juga makanan laut yang lain dimana ia boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

Ibu -ibu bersalin adalah dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan fizikal dan mentalnya.

Ibu bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk, minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik. 

Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism , rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Sumber: carian google.
---------------------------

Selasa, 5 Mei 2015

rawatan gout

Ubat-ubatan dalam rawatan gout

Fakta Gout
  • Gout adalah sejenis arthritis yang menyebabkan keradangan, biasanya berlaku dalam satu sendisecara tiba-tiba seperti sendi besar di ibu jari kaki. Ia disebabkan oleh pemendapan kristal asid urik di dalam sendi.
  • Kristal asid urik ini merengsakan tisu di dalam sendi yang menyebabkan keradangan,bengkak dan kesakitan. Walau bagaimanapun, kadang-kala gout yang teruk boleh menjejaskan banyak sendi pada satu-satu masa. Ini dikenali sebagai gout polyarticular. Kesakitan ini mungkin berlarutan untuk tempoh 12 hingga 24 jam selepas ia bermula.
  • Pencetus untuk serangan gout ialah termasuk pembedahan, dehidrasi, minuman manis dengan gula atau sirap tinggi fruktosa, minuman keras, daging merah dan makanan laut.
  • Gout kronik dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang merendahkan tahap asid urik di dalam badan. Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan kekal dengan masalah buah pinggang dan pemendapan asid urik dalam tisu.
  • Lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita tetapi wanita menjadi semakin mudah terdedah kepada gout selepas menopaus.
Rawatan Gout
Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan diet dan perubahan gaya hidup. Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi, ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini.
Ubat yang dipilih adalah berdasarkan kepada kesihatan semasa dan tahap keseriusan gout yang dialami. Ubat gout boleh digunakan untuk merawat serangan secara tiba-tiba,ubat-ubatan untuk merendahkan paras asid urik dalam darah, ubat-ubatan profilaktik yang digunakan untuk mengurangkan risiko serangan gout berulang dalam tempoh enam bulan pertama rawatan dan juga ubat-ubatan untuk mengurangkan risiko komplikasi gout, seperti pembentukan tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit) akibat pemendapan kristal asid urik.
Jenis-Jenis Ubat
  1. Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). Contoh : ibuprofen, naproxen dan indomethacin
    NSAID boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.Doktor boleh menetapkan dos yang lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut , diikuti dengan dos harian yang lebih rendah untuk mengelakkan serangan berulang di masa depan.Iadapat melegakan serangan gout dengan cepat (dalam masa 12-24 jam). Walau bagaimanapun, NSAID hanya digunakan dalam tempoh yang singkat sahaja.
  2. Colchicine
    Jika seseorang tidak boleh mengambil NSAID, doktor boleh mencadangkan colchicine, iaitu sejenis ubat -yang berkesan mengurangkan kesakitan gout terutamanya apabila diberikan semasa serangan akut. Doktor boleh menetapkan dos harian colchicine yang rendah untuk menghalang serangan berulang di masa depan.
  3. Kortikosteroid
    Ubat kortikosteroid seperti prednisoneboleh mengawal keradangan dan kesakitan gout. Namun, kortikosteroid dikhaskan untuk orang-orang yang tidak boleh mengambil sama ada NSAID atau colchicine.
Ubat untuk mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan gout. Pilihan yang ada termasuk :
  1. Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik.
    Ubat-ubatan yang menghalang pengeluaran asid urik. Ubat yang dipanggil perencat xanthine oxidase, contohnya allopurinol. Ubat ini menghadkan jumlah asid urik dalam darah. Allopurinol adalah ubat yang biasa digunakan untuk mencegah serangan gout. Allopurinol tidak mempunyai apa-apa kesan semasa serangan gout dan ia bukan ubat penahan sakit. Allopurinoltidak boleh dimulakan semasa awal mendapat serangan gout. Kebiasaannya, allopurinol akan dimulakan 1 hingga 2 minggu selepas serangan. Ia berfungsi dengan mengurangkan tahap asid urik dalam darah. Ia mengambil masa 2-3 bulan untuk berkesan sepenuhnya. Ia perlu diambil setiap hari untuk mengekalkan tahap asid urik yang normal untuk mencegah serangan gout. Kebiasaaannya allopurinol akan diberikan kepada:
    • Pesakit yang mempunyai dua atau lebih serangan gout dalam masa setahun.
    • Mempunyai satu atau lebih tophi (bonjolan kecil yang terbentuk di bawah kulit)
    • Berlaku kerosakan sendi atau buah pinggang kerana penyakit gout.
    • Terdapat satu atau lebih batu karang yang dibentuk daripada asid urik.
  2. Ubat yang meningkatkan penyingkiran asid urikseperti Probenecid
    Kebiasaannya ubat ini diberikan kepada mereka yang tidak menunjukkan kesan dengan pengambilan allopurinol.Ia meningkatkan keupayaan buah pinggang untuk mengeluarkan asid urik dari badan. Ini boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan risiko gout, tetapi tahap asid urik dalam air kencing mungkin akan bertambah.
Kesan Sampingan Ubat
Untuk mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius, doktor akan cuba mencari dos terendah yang dapat mengawal gejala-gejala gout dan memberikan steroid untuk masa yang paling singkat.
Jenis ubat
Kesan sampingan
Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID)sakit perut, pendarahan dan ulser
Colchicineloya, muntah-muntah dan cirit-birit
Kortikosteroidkeupayaan untuk melawan jangkitan menurun
Allopurinolruam dan jumlah darah yang rendah
Probenecidruam, sakit perut dan pembentukan batu karang
Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi dan maklumkan sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan agar rawatan yang paling sesuai boleh diberikan bagi mengawal penyakit yang dialami.
Tips Mengawal Kesakitan Akibat Gout
  • Minum air dengan banyak. Sekurang-kurangnya 8 hingga 16 gelas (kira-kira 2 hingga 4 liter) cecairsetiap hari. Hadkan pengambilan minuman manis dan bergas.
  • Hadkan atau elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
  • Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
  • Dapatkan protein dari produk tenusu rendah lemak. Elakkan diet dengan pengambilan protein yang tinggi dan makanan yang kaya dengan purin, contohnya hati dan makanan laut.
  • Senaman yang kerap dan berhenti merokok sangat digalakkan.
  • Kekalkan berat badan yang diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.
Rujukan:
  1. Mayoclinic.org. Gout Definition-Diseases and Conditions. Retrieve fromhttp://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/basics/definition/con-20019400
  2. Mayoclinic.org. Gout Definition-Diseases and Conditions. Retrieve fromhttp://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gout/basics/treatment/con-20019400
  3. Medicinenet.com.Gout (Gouty arthritis). Retrieve from http://www.medicinenet.com/gout_gouty_arthritis/article.htm
  4. Patient.co.uk.Gout.Retrieve from http://www.patient.co.uk/health/gout-leaflet
Semakan Akhir:06 November 2014
Penulis:Atika Mahfuza bt. Mahbub
Akreditor:Norhayati bt. Musa