Ahad, 20 November 2016

paru-paru

PARU-PARU: Rawatan....

ORGAN PARU-PARU 

Paru-paru adalah organ sistem pernapasan di dalam tubuh. Organ ini turut penting bagi memelihara kesihatan seluruh tubuh.

Secara amnya, paru-paru mempunyai 2 fungsi; melibatkan pernafasan, dan tidak melibatkan pernafasan.‎

1) Fungsi Pernafasan

Fungsi melibatkan pernafasan; para-paru menyerap oxygen dari udara ke dalam tubuh (sewaktu menghirup ‎nafas) dan menukar oksigen tersebut dengan karbon dioksida dari darah untuk dikeluarkan dari tubuh (sewaktu menghela nafas), melalui saluran pernafasan. ‎

Pertukaran oxygen dengan karbon dioksida berlaku di dalam gerombolan bebola/bebelon sangat kecil ‎disebut “alveoli”. Apabila udara memasuki melalui rongga hidung atau mulut, udara terus melintasi saluran ‎hidung (nasopharynx) dan saluran mulut (oropharynx), lansung ke saluran tekak (larynx) dan kerongkong ‎‎(trachea), terus menuju ke beberapa saluran udara kecil (bronchi) dan saluran udara paling kecil (bronchioles), ‎sehingga akhirnya sampai ke gerombolan bebola alveoli. Disitulah berlaku proses pertukaran oxygen dari udara dengan ‎karbon dioksida dari darah. ‎

Penghirupan dan penghelaan udara di pacu oleh tindakan otot berupa lapisan tisu tipis seperti gegendang disebut “diaphragm”, terletak di bahagian bawah organ paru-paru. Apabila diaphragm di kuncup melalui penghirupan nafas, udara ‎akan meluru masuk melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru; dan apabila diaphragm dikembangkan melalui helaan nafas, udara ‎akan bergegas keluar melalui saluran pernafasan.


2) Fungsi Tanpa Melibatkan Pernafasan

Paru-paru juga turut terlibat ‎dalam beberapa fungsi lain di dalam tubuh, tanpa melibatkan pernafasan, antaranya:‎
  • Menapis/menyaring dan memisahkan darah beku yang bertompok di dalam pembuluh darah ‎‎“veins”.‎ 
  • Menapis/menyaring dan memecahkan buih yang berisi udara yang berada di dalam pembuluh darah ‎veins. ‎ 
  • Bertindak sebagai pelapis yang lembut dan ‎empuk bagi melindungi organ jantung, kerana kedudukan organ paru-paru merangkumi hampir seluruh organ jantung.‎ 
  • Immunoglobulin-A adalah kimia “antibody” dari sistem kekebalan tubuh, dihasilkan di ‎dalam bronchi dan bronchioles untuk melindungi dari ‎sebarang jangkitan pada saluran pernafasan. ‎ 
  • Memelihara suasana paru-paru dan saluran pernafasan agar tiada jangkitan dari kuman dengan cara menghasilkan lendir yang ‎mengandungi bahan-bahan anti-kuman. Lendir digerakkan dari bronchioles ke bronchi, lansung ke trachea, ke larynx dan seterusnya keluar melalui saluran hidung dan mulut; debu dan kuman yang turut masuk sewaktu penghirupan udara akan terjebak melekat kedalam lendir dan di bawa keluar bersama lendir-lendir tersebut, menjadikan ‎saluran pernafasan bersih dari jangkitan kuman. ‎ 
  • Membekalkan saluran udara untuk mengeluarkan berbagai ragam suara.

PENYAKIT PARU-PARU ‎ 

Penyakit paru-paru adalah penyakit yang disebabkan oleh, samada jangkitan kuman atau kelemahan atau kerosakan pada paru-paru atau saluran pernafasan, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.‎

Terdapat 3 kategori penyakit paru-paru:‎ ‎
  1. Masalah saluran pernafasan - Selalunya penyakit ini dalam bentuk saluran pernafasan menjadi ‎sempit atau tersekat untuk membawa oxygen ‎dan gas-gas lain ke dalam dan ke luar dari paru-paru; penderita akan menghadapi waktu-waktu amat sulit untuk bernafas. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
  2. Masalah tisu paru-paru – Penyakit jenis ini berkaitan dengan strukur tisu paru-paru. Selaput parut pada tisu paru-paru menyebabkan paru-paru tidak dapat mengembang sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan paru-‎paru sulit untuk menghirup oxygen dan menghela kardon dioksida sepenuhnya. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
  3. Masalah peredaran darah dalam paru-paru – Penyakit jenis ini berkaitan dengan pembuluh darah di dalam paru-paru. ‎Pembuluh darah jadi sempit atau tersekat disebabkan samada darah beku, selaput parut atau keradangan pada dinding pembuluh darah. Pertukaran oxygen dan karbon dioksida di dalam alveoli menjadi terjejas. Bekalan oxygen pada tubuh jadi tidak mencukupi !!!
Kebanyakan penyakit-penyakit yang terjadi pada paru-paru adalah disebabkan oleh kombinasi dari 3 kategori ini. Penyakit paru-paru boleh berlaku pada sesiapa saja, dewasa atau kanak-kanak, tua atau muda, lelaki atau perempuan, miskin atau kaya. Penyakit paru-paru sebenarnya merbahaya, boleh membawa maut, terutamanya pada kanak-kanak di mana sistem kekebalan tubuh mereka belum cukup kuat untuk menanggani sebarang komplikasi paru-paru.

Penyakit paru-paru yang sering berlaku, seperti : ‎
  • Asma/lelah – saluran pernafasan tersekat.‎ 
  • Pneumonia – keradangan pada paru-paru, tisu membengkak dan sulit untuk bernafas.‎ 
  • Pulmonary fibrosis dan sarcoidosis – jangkitan pada tisu paru-paru. ‎ 
  • Pulmonary edema - banyak lendir yang menyebabkan paru-paru membengkak. ‎ 
  • Bronkhitis – keradangan pada saluran bronchi sehingga banyak lendir menjadikan pernafasan tersekat.‎ 
  • Atelectasis - bebola alveoli rosak, menyulitkan pertukaran oxygen dan karbon dioksida. ‎ 
  • Emphysema - kerosakan pada bebola alveoli sehingga sebelah paru-paru mengecil. ‎ 
  • COPD (chronic obstructive pulmonary disease) – saluran pernafasan tersekat.‎ 
  • ILD (autoimmune interstitial lung disease).
  • Kanser paru-paru – tumor pada sel-sel dan tisu-tisu, pertumbuhan dan pembiakan yang tidak dapat dikawal sehingga ‎merosakkan fungsi paru-paru. ‎  

PENYEBAB UTAMA PENYAKIT

Sebenarnya, para pakar dan ahli di bidang perubatan dan permakanan belum dapat mengenal-pasti sebab-sebab terjadinya ‎kebanyakan penyakit paru-paru. Hanya yang dapat dikenal-pasti, termasuk:‎
  • Merokok. Asap dari rokok, cerut atau paip sering dikatakan sebagai penyebab nombor 1 kepada penyakit paru-‎paru. ‎ 
  • Gas Radon. Gas tanpa warna tanpa bau yang digunakan dirumah-rumah. ‎ 
  • Asbestos. Bahan fiber dari bahan galian bukan logam, digunakan sebagai atap rumah, "ceiling", penampan dari panas atau kebakaran ‎dan lain-lain. Asbestos mengeluarkan serat-serat halus yang seni dan berterbangan di tiup angin dan terhirup ‎oleh paru-paru. Asbestos boleh merosakkansel-sel paru-paru, menyebabkan keradangan dan selaput parut dan ‎menjadi salah satu penyebab kepada kanser paru-paru. ‎ 
  • Kecemaran Udara. Habuk-habuk dari kecemaran udara boleh memberi kesan negatif kepada paru-paru. ‎ 
  • Kuman. Bacteria, virus, kulat yang menyebabkan selsema dll. ‎ 
  • Kekurangan vitamin D.
  • DNA, genetik. 

RAWATAN P‎ARU-PARU SECARA ALAMI

1.   PARU-PARU PERLUKAN VITAMIN DAN ZAT GALIAN 

Beberapa jenis vitamin berkesan menguatkan paru-paru agar dapat berfungsi lebih lancar menyihatkan tubuh. Vitamin D, A, C dan zat galian Zinc sangat mempengaruhi sistem kekebalan tubuh, memperbaiki dayatahan sel paru-paru dari sebarang jangkitan yang menyebabkan berbagai jenis penyakit.

Vitamin D

Paru-paru lemah atau rosak menyebabkan sulit pernafasan. Kualiti kehidupan banyak terjejas apabila tubuh menjadi lemah tak bermaya. Aktiviti harian, rutin kerja, pembelajaran, dan riadah akan sentiasa terganggu.

Antara faktor yang menyebabkan kerosakan pada paru-paru dan saluran pernafasan ialah kekurangan vitamin D. Penyakit-penyakit yang selalu dikaitkan dengan kekurangan vitamin D seperti asma, COPD dan ILD.

ASMA.     Asma terjadi apabila paru-paru atau saluran pernafasan membengkak, pengeluaran lendir bertambah banyak dan menebal, saluran udara semakin sempit, paru-paru tidak dapat berfungsi secara normal. Dengan demikian, asma akan menyebabkan sesak nafas, tubuh kedinginan, batuk-batuk dan kemampuan beraktiviti menjadi lemah. Kajian menunjukkan ada kaitan vitamin D terhadap penyakit asma; apabila kadar vitamin D berkurangan di dalam tubuh, maka serangan asma akan menjadi lebih parah.

Vitamin D membantu pesakit asma; dengan permakanan Vitamin D yang selalu mencukupi akan dapat mengurangkan keradangan yang menyebabkan bengkak pada paru-paru, dan memperkuat otot-otot pada paru-paru.

Pada wanita hamil, bayi dalam kandungan memerlukan banyak vitamin D. Dengan memakan vitamin D yang mencukupi, risiko bayi mengidap penyakit asma apabila dilahirkan akan berkurangan.

COPD.    COPD adalah suatu penyakit yang melibatkan saluran pernafasan dari kerongkong ‎‎(trachea) ke beberapa saluran kecil (bronchi) dan saluran paling kecil (bronchioles). Paru-paru yang di serang COPD jadi berlubang-lubang kesan dari tindakan enzim-enzim yang menghapus sel-sel tercemar di dalam paru-paru. Kajian menunjukkan pesakit COPD yang cukup mendapat vitamin D, akan bernafas lebih lega/selesa dari orang yang kurang vitamin D di dalam tubuhnya.

ILD.     ILD adalah sejenis penyakit paru-paru yang parah, yang berkemungkinan membawa maut. Penyakit ini disebabkan bengkak melampau yang meninggalkan kesan parut di dalam paru-paru. Kajian juga menunjukkan seseorang yang kurang vitamin D akan mengalami bengkak paru-paru lebih parah, paru-paru akan terhalang dari berfungsi dengan baik.

Justru, vitamin D sangat diperlukan oleh seseorang yang mengidap penyakit pada paru-paru atau saluran pernafasan.

Saranan Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-12 bulan400 IU400 IU

1-13 tahun600 IU600 IU

14–18 tahun600 IU600 IU600 IU600 IU
19–50 tahun600 IU600 IU600 IU600 IU
51–70 tahun600 IU600 IU

71 tahun>800 IU800 IU


Sumber Vitamin D. Sinar cahaya matahari pada kulit, ikan, cendawan/jamur dan bijiran. Supplemen vitamin D yang terbaik ialah minyak ikan dan "Cod Liver Oil".

Vitamin A

Vitamin A diperlukan untuk kesihatan pada lapisan-lapisan otot dan kulit. "The National Institute of Health's Office of Dietary Supplements, USA" menyatakan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lapisan otot paru-paru menjadi lemah dan kurang kemampuan untuk mencegah serangan kuman-kuman, menjadikan paru-paru mudah dijangkiti pneumonia dan batuk kering "tuberculosis/TB".

Justru, untuk membina paru-paru yang sihat dan mencegah dari keparahan yang disebabkan oleh serangan kuman-kuman, vitamin A juga sangat diperlukan oleh tubuh.

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan  :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan1,320 IU


7–12 bulan1,650 IU


1–3 tahun1,000 IU600 IU600 IU 600 IU
4–8 tahun1,320 IU600 IU600 IU600 IU
9-13 tahun2,000 IU600 IU

14–18 tahun3,000 IU2,310 IU2,500 IU4,000 IU
19 tahun >3,000 IU2,310 IU2,565 IU4,300 IU

Sumber Vitamin A. Daging lembu, daging kambing, daging ayam, telur. Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lobak merah/carrot, keledek, labu, bayam, papaya, mangga, tembikai susu dll.

Supplemen terbaik untuk vitamin D dan A ialah minyak ikan dan "Cod Liver Oil". Memilih minyak ikan atau Cod Liver Oil harus juga diperhatikan ratio vitamin D dan A. Kebanyakan minyak ikan ratio vitamin D dan A sehingga 1:100, bermakna terlalu banyak vitamin A berbanding vitamin D. Permakanan antara vitamin D dan A yang sesuai hendaklah dalam ratio 1:10. Dos vitamin A yang berlebihan boleh menyebabkan sengal tulang, sakit kepala, pening, dan kabur penglihatan.

Antara jenama Cod Liver Oil yang terbaik ialah dari Carlson, Blue Ice dan Green Pasture.

Produk Carlson
Produk Blue Ice
Produk Green Pasture
Vitamin C

Menghisap rokok, asap yang di hirup ke dalam paru-paru adalah asap yang mencetuskan radikal bebas dan mencemar kesihatan paru-paru. Paru-paru terpaksa menggunakan anti-oksidan dari tubuh untuk membasmi radikal bebas tersebut agar tidak terus merosakkan fungsi paru-paru.

Vitamin C adalah anti-oksidan yang berkesan untuk tujuan ini. Satu kajian yang disiarkan pada Januari 1994 "The American Journal of Clinical Nutrition" menyatakan orang yang mempunyai paras vitamin C yang tinggi di dalam tubuh memiliki fungsi paru-paru yang lebih lancar berbanding mereka yang kekurangan vitamin C.

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan*40 mg (mencukupi)*40 mg (mencukupi)

7–12 bulan*40 mg (mencukupi)*40 mg (mencukupi)

1–3 tahun15 mg15 mg

4–8 tahun25 mg25 mg

9-13 tahun45 mg45 mg

14–18 tahun75 mg65 mg80 mg115 mg
19 tahun >90 mg75 mg85 mg120 mg

*Perokok memerlukan tambahan 35 mg/hari daripada orang yang tidak merokok.

Sumber Vitamin C. Vitamin C terlalu banyak dan mudah di perdapat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C mudah terhapus oleh kepanasan atau bahang api dari masakan, amalan memakan ulam/lalap adalah resepi yang baik.


Zat Galian Zinc

Zinc diperlukan oleh tubuh untuk sistem kekebalan agar dapat bertindak dengan baik. Zinc sebagai peransang kepada aktiviti-aktiviti lebih kurang 100 enzim di dalam tubuh. Ia juga berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari sebarang kecederaan, pemecahan karbohaidrat, dan perkembangan DNA. Sepertimana vitamin C, zinc adalah juga anti-oksidan.

Ciri-ciri sedemikian dapat membantu mencegah sebarang kerosakan yang terdapat pada paru-paru. Satu kajian yang disiarkan pada Jun 2008 "Respiratory Medicine" menyatakan pengambilan suplemen *22 mg zat galian zinc setiap hari (melebihi dos RDA) boleh mempertingkatkan lagi fungsi paru-paru. Bagi paru-paru yang lemah, unsur anti-oksidan yang terdapat pada Zinc dapat memperbaiki keadaan paru-paru menghadapi jangkitan penyakit-penyakit. 

Dos Harian (RDA). Dos harian yang disarankan :

UsiaLelakiPerempuanWanita HamilIbu Menyusu
0-6 bulan*2 mg (mencukupi)*2 mg (mencukupi)

7–12 bulan*3 mg (mencukupi)*3 mg (mencukupi)

1–3 tahun3 mg3 mg

4–8 tahun5 mg5 mg

9-13 tahun8 mg8 mg

14–18 tahun11 mg9 mg12 mg13 mg
19 tahun >11 mg8 mg11 mg12 mg

Sumber Zinc. Daging lembu, daging kambing, ikan, keju. Labu sangat kaya dengan zinc, terutama bijinya. Bijiran, kacang, kentang, juga makanan laut seperti tiram dll.  


2.  PARU-PARU PERLUKAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

Madu Lebah bersifat anti-biotik/anti-kuman virus, kulat, bakteria, dan mikrob. Madu berkesan membantu tubuh melawan, mencegah dan ‎memulihara berbagai jenis penyakit. Juga sebagai anti-oksidan; menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎ tubuh.

Serbuk Kayu Manis juga bersifat anti-biotik/anti-kuman dan berkesan menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan bakteria yang sulit dihapuskan. Serbuk Kayu Manis juga ‎anti-keradangan, ciri penting yang diperlukan bagi pesakit paru-paru.

Kedua-dua bahan ini berkesan mengurangkan kahak dan lendir di dalam rongga pernafasan dan paru-paru. Seterusnya, merawat kerosakan pada paru-paru dan membantu meningkatkan fungsi para-paru untuk lebih lancar dan efektif.

Dos Harian: Madu dan Serbuk Kayu Manis di larut ke dalam air suam, di minum pada setiap hari, pagi dan malam.


3. PARU-PARU PERLUKAN CELLFOOD

Cellfood adalah produk "nano technology" berupa cecair yang mengandungi ‎ nutrien dari alam semulajdi/alami 78 jenis zat galian/gizi, 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino, dan "electrolytes" yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga bertindak membekalkan seberapa banyak oxygen dan hydrogen yang diperlukan oleh tubuh.

Orang yang mempunyai masalah pada paru-paru atau saluran pernafasan memerlukan kadar oxygen yang lebih tinggi untuk membolehkan tubuh beroperasi ke tahap normal. Oxygen juga diperlukan untuk membersihkan sisa keracunan dan memperbaiki kerosakan yang dicetuskan oleh radikal bebas.

Radikal bebas mengancam kesihatan. Cellfood memberikan elektron yang hilang di dalam sel radikal bebas, merubahnya menjadi hidup kembali sebagai O2 yang stabil dan bermanfaat. Cellfood unik kerana membekalkan elektron yang hilang tanpa mencipta tambahan radikal bebas.

Sepertimana alam semulajadi, kesaimbangan sistem tubuh adalah kunci kesihatan yang baik. Cellfood menyerap dan membekalkan nutrien pada seluruh sel-sel tubuh. Juga terlibat dalam setiap sistem tubuh seperti kekebalan, saraf, pencernaan, metabolisma dll.

Bekalan hydrogen pada tubuh juga perlu.Tubuh menggunakannya untuk berbagai fungsi; mencuci, membina dan meperteguh sel-sel tubuh, membawa nutrien kepada otak dan seluruh tisu tubuh, mencegah keradangan, memelihara kelembapan paru-paru, juga dalam proses pencernaan dan pengeluaran sisa-sisa makanan.

Kekurangan hydrogen menyebabkan kandungan air dan lemak menurun, menjadikan tisu-tisu kering, otak mengecut, otot mengecut, wajah menjadi cengkong dan bermacam lagi komplikasi tubuh. Cellfood membekalkan hydrogen untuk mengatasi semua komplikasi ini.

*Harap ambil perhatian !!! Cellfood tidak membahayakan kesihatan. Tahap permulaan meminumnya, mulakan dengan dos rendah. Kekadang akan timbul sympton selsema, demam dll. selama lebih kurang seminggu. Ini adalah proses kesembuhan alami. Apabila kembali sembuh, di tambah dos, dan mungkin berlaku lagi sympton tadi. Teruskan, jangan berhenti, lebih kurang seminggu keadaan akan kembali normal. Kemudian, kekalkan dos biasa seperti disarankan. [Penulis tidak menjual produk ini....]

4.  PARU-PARU PERLUKAN KAWALAN

Amalan hidup harian, samada sengaja atau tidak, kadangkala menyumbang kepada merosot kesihatan.

(i) Gula pasir@ sukros.

Masih banyak orang yang tidak tahu, tidak sedar atau tidak peka bahawa gula pasir@ sukros membawa padah pada kesihatan tubuh manusia. Kesan negatifnya, mengancam seluruh sistem di dalam tubuh. Gula pasir menyedut semua bekalan vitamin-vitamin, zat-zat galian/gizi, dan zat-zat lain yang berada di dalam tubuh untuk membolehkan ia (gula) diserap sebagai tenaga.

Sebaiknya jauhi gula pasir, dan juga apa-apa jua produk yang menggunakan gula sukros; seperti minuman dalam tin, coca-cola, pepsi, candy dll. Gantikan dengan gula merah/melaka/jawa. Gula merah juga pemanis, tapi tidak mengancam kesihatan tubuh, masih mengandungi nutrien semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan. Tanpa atau kurang kehadiran gula sukros di dalam tubuh akan menyumbang kepada kesembuhan segera.

Justru, gula pasir @ sukros dan makanan yang bercampur dengan sukros perlu dikurangkan atau dihindari !!!

(ii) Allergi Susu.

Penyakit allergi (alahan) boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Allergi berkemungkinan terjadi dari faktor genetik atau warisan keturunan, DNA yang terjejas disebabkan radikal bebas dan sebagainya, Allergi, atau alahan tubuh pada sesuatu makanan, boleh muncul dalam berbagai cara, dan boleh berubah dalam kehidupan seseorang dari suatu makanan kepada suatu makanan yang lain.

Susu pasteur, makanan berasaskan susu seperti keju dll. kerapkali dikaitkan dengan allergi. Makanan susu adalah bahan makanan yang meransang pengeluaran lendir di dalam tubuh. Justru, lendir mudah terkumpul pada saluran pernafasan dan di dalam paru-paru, menyebabkan serangan asma dan masalah pernafasan. Allergi pada makanan bersumberkan susu selalunya timbul dalam bentuk penyakit bronchitis, resdung, masalah saluran pernafaan, selsema, dan mungkin juga jangkitan di telinga (resdung telinga).

Justru, susu dan makanan yang berasaskan susu perlu dikurangkan atau dihindari !!!

(iii) Tubuh Kedinginan. 

Hawa dan cuaca dingin, terutama pada waktu malam dan subuh, memberi kesan negatif kepada orang yang mengidap masalah paru-paru dan saluran pernafasan.

Udara dingin akan mengundang tindakbalas sistem pernafasan untuk mengeluarkan lendir bertambah banyak dan menebal di dalam saluran pernafasan. Saluran-saluran pernafasan akan menguncup, dan menyebabkan keradangan atau kebengkakan. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu sukar untuk menghirup udara dan menghela nafas.

Tabiat mandi malam melewati pukul 8:00 malam jangan sekali-kali diamalkan. Mandi malam cepat mempengaruhi penguncupan saluran pernafasan, pengeluaran lendir yang berlebihan kerana tindakbalas tubuh untuk memelihara suhu yang normal di dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan saluran pernafasan tersekat, menjadi sulit untuk bernafas. Sekiranya mandi malam diamalkan berterusan,paru-paru akan menjadi lemah, dan komplikasi akan timbul.

Justru, aktiviti mandi di waktu malam, memandu motosikal, membiarkan tubuh terdedah pada kesejukan tanpa pakaian atau baju, terdedah pada kipas angin yang berputar kuat dll perlu dihindari !!!

*Harap ambil perhatian !!! 

Merawat masalah paru-paru dan saluran pernafasan melalui permakanan secara alami, selalunya mula menampakkan kesan positif sekurang-kurangnya 3 bulan setelah diamalkan. Bagi pengidap yang sedang memakan ubat-ubatan dari doktor, perlu diteruskn seiring dengan kaedah permakanan di dalam Artikel ini.  

RINGKASAN

NutrienKhasiat Kesembuhan
Vitamin D, A, C & Zinc
VITAMIN D & A.  banyak terdapat dalam minyak ikan : Fish Liver Oil/Cod Liver Oil.
Tambahan dos RDA diperlukan. Dos tambahan adalah untuk jangkamasa sementara. Sekiranya berkesan, dos perlu dikurangkan secara berperingkat kepada dos normal.
Vitamin C. Anti-oksidan; mencegah cetusan radikal bebas dari merosakkan sel-sel, tisu-tisu, sistem di dalam tubuh, termasuk DNA. Sumber: buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Zinc. Untuk sistem kekebalan. Peransang aktiviti-aktiviti lebih kurang 100 enzim di dalam tubuh. Berperanan dalam metabolisma tubuh dan pertumbuhan sel-sel baru, kesembuhan dari sebarang kecederaan, dan pemecahan karbohaidrat, perkembangan DNA. Juga anti-oksidan. Dos tambahan sementara *22 mg setiap hari.
CellfoodSupplemen oxygen, hydrogen, nutrien 78 jenis zat galian/gizi, 34 jenis enzim, 17 jenis asid amino, dan "electrolytes" yang diperlukan oleh tubuh. Diperlukan untuk kesaimbangan seluruh sistem dalaman ‎tubuh.
Madu & 
Serbuk Kayu Manis
Madu; sumber terbaik anti-oksidan, menyirna radikal bebas, ‎merawat dan memulihkan sel-sel dan tisu-tisu ‎ tubuh. Anti-kuman (bakteria, kulat/jamur, mikro dll).
‎Serbuk Kayu Manis; anti-kuman, mampu menghapus, menghalang ‎sebarang ‎jangkitan dan pembiakan kuman bahkan yang sulit untuk dihapuskan.
NO !!!
1) Gula Sukros 
2) Susu
3) Dedahan Hawa Dingin 

Tanpa gula sukros, menyumbang kepada kesembuhan paru-paru dengan segera.
‎Tanpa susu, mengurangi kemungkinan allergi/alahan disebabkan penyakit genetik, DNA.
Hawa dingin meransang pengeluaran lendir di dalam paru-paru dan saluran pernafasan, menyempitkan dan menjadi sulit untuk bernafas.  

Moga Bermanfaat Untuk Anda, Selamat Mencoba !!!

Ahad, 13 November 2016

Paru-Paru Berair

Ciri Ciri Paru Paru Basah Dan Tips Menghindarinya

Ciri-ciri paru paru basah – Paru paru basah merupakan sebuah penyakit yang disebabkan oleh infeksi jamur atau virus. sebelum ditemukan antibiotiknya penyakit ini termasuk penyakit yang mematikan, pasalnya jika sudah terkena paru paru basah membuat pernapsan akan terasa sesak. Wajib bagi Anda yang menderita penyakit ini untuk segera ke Dokter, sebab penyakit ini tidak bisa disembuhkan dengan cepat. Butuh perwatan hingg beberapa bulan sesuai petunjuk Dokter.

Ciri Ciri Paru Paru Basah


ciri ciri paru paru basah
Tanda dan ciri-ciri penyakit paru-paru basah adalah adanya batuk yang tidak mau berhenti. Batuk ini bisa jadi indikasi adanya infeksi baik itu terjadi pada tenggorokan maupun paru-paru. Ketika Anda mendapati batuk yang tak kunjung berhenti, sebaiknya segera lakukan pemeriksaan dan obati dengan benar. Sebab penyakit paru-paru basah bisa bertambah parah jika tidak mendapat pengobatan dari awal.
Tanda dan gejala paru-paru basah terjadi dalam waktu yang panjang dan biasanya cukup lama. Setelah itu, kemudian penderita paru-paru basah akan merasa sering sakit-sakitan akibat daya tahan tubuh yang mulai melemah. Biasanya penderita paru-paru basah akan mengalami batuk berkepanjangan dan mengeluarkan keringat dingin pada saat tidur.
Saat keringat akan membuat bagian luar tubuh dingin, maka akan membuat paru-paru mengalami pengembunan dan akhirnya penyakit paru-paru basah menjadi kronis. Akibatnya penderita akan mengalami batuk terus menerus hingga menjadi kebiasaan. Biasanya penderita akan mengalami sesak napas diserati batuk dan mengeluarkan dahak.
Jika sudah begini, penyakit paru-paru basah sudah kronis dan bisa bersarang lama di dalam tubuh. Paru-paru basah akan menjadi penyakit menahun yang sulit disembuhkan karena daya tahan tubuh sudah melemah. Selain itu mengobati paru paru basah tidak bisa menggunakan obat batuk biasa.

Gejala awal paru-paru basah


Berikut ini adalah gejala awal paru-paru basah yang harus diwaspadai.
  • Tubuh selalu mengeluarkan keringat meskipun sedang tidak melakukan apa-apa, bahkan pada saat tidur.
  • Nafas selalu terasa sesak dan tak pernah merasa lega.
  • Mudah merasa lelah dan kehabisan energi.
  • Merasa sangat ngantuk meskipun sudah tidur cukup.
  • Ingin muntah saat mengambil napas panjang.
Perlu diwaspadai juga ciri ciri paru paru basah yang terjadi pada anak. Biasanya terdapat beberapa gejala yang bisa menandai adanya paru-paru basah pada anak seperti batuk terus-menerus disertai pilek, sakit kepala dan penurunan nafsu makan. Pada perkembangan selanjutnya, paru-paru basah pada anak akan memunculkan gejala seperti berikut:
  • Napas terasa cepat dan sangat sesak
  • Untuk bayi usia kurang dari 2 bulan nafas yang terjadi sangat cepat hingga 60 kali dalam satu menit. Jika usia anak lebih dari 2 bulan hingga 1 tahun, antara 50 kali dalam satu menit. Sedangkan untuk anak usia 1 hingga 5 tahun biasanya 40 kali dalam satu menit.
  • Pada anak-anak, paru-paru basah biasanya disertai napas yang pendek dan hidung kembang kempis.
  • Untuk paru-paru basah yang sudah berat, maka akan terjadi sebuah tarikan pada dinding dada bagian bawah ke dalam.

Tips menghindari paru-paru basah

Berikut ini adalah beberapa tindakan yang bisa dilakukan untuk mencegah penyakit paru-paru basah;
– Jangan sering terlambat makan
– Lakukan kegiatan fisik dan perbanyak olahraga
– Ventilasi rumah yang cukup
– Hindari menggunakan kipas angin saat tidur
– Sebaiknya untuk tidak tidur ketika baru saja mandi
– Mandi dengan air hangat
Itulah beberapa gejala penyebab dan ciri ciri paru paru basah yang harus Anda waspadai. Jika ciri ciri dan gejala paru paru basah diatas sudah Anda rasakan, sebaiknya lekas periksakan ke Dokter. Karena untuk menyembuhkan penyakit ini hanya bisa diobati sesuai anjuran Dokter. Dan jika Anda berobat sesuai anjuran dokter, maka paru paru basah bisa sembuh dengan cepat.

Rabu, 9 November 2016

krokot

Dokter`pun Takjub...!!! Jantung Sembuh Total'' Pegal Linu Hilang'' Cacingan Terobati'' Maag Musn4h Hingga Matapun Jadi Sehat Berkat Bunga Krokot""..Begini Cara Meramu Nya : Tolong Bantu SHARE..""Hanya Orang-Orang Malaslah Yang Tidak Mau Menyampaikan Kabar Baik Ini ..!!!!!


 

Dokter`pun Takjub...!!! Jantung Sembuh Total'' Pegal Linu Hilang'' Cacingan Terobati'' Maag Musn4h Hingga Matapun Jadi Sehat Berkat Bunga Krokot""..Begini Cara Meramu Nya : Tolong Bantu SHARE..""Hanya Orang-Orang Malaslah Yang Tidak Mau Menyampaikan Kabar Baik Ini ..!!!!!




krokot yaitu tanaman liar yang mudah tumbuh dimanapun baik diladang, tepi jalan, sawah, kebun, bahkan juga dihalaman tempat tinggal. Krokot yang mempunyai nama latin Portulaca Oleracea L konon yaitu tanaman yang datang dari Amerika Latin yang juga mudah diketahui di Indonesia.

Krokot mempunyai ciri tanaman dengan daun yang lunak dengan batang kemerahan tetapi ada juga yang berwarna kehijauan serta mempunyai ukuran cukup kecil. Krokot umum kita kenali seringkali jadikan makanan kelinci, jangkrik, tetapi krokot ini jaman dulu juga dikonsumsi sebagai sayuran.

Tetapi saat ini saya sendiri juga tetap masih menjumpai krokot di buat sebagai sayuran untuk pecel tetapi itu sekian tak kerapkali sekali.

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan Untuk sebagian petani krokot diduga sebagai tanaman gulma yang mengganggu, oleh karena itu krokot kerapkali dicabut serta dibuang. Namun tahukah anda apabila krokot yang disebut tanaman liar yang diduga sebagai tanaman penganggu mempunyai manfaat yang demikian paling penting untuk kesehatan tubuh manusia.




Pada daun krokot sendiri mempunyai k4ndung4n vitamin A, B komplek dan C, omega 3, tanin, I­noradrenalin, dopa, asam linoleat, KSO4, KCI, nicotinic acid, saponin, dopamin, noradrenalin, serta KNO3.

Karena itu terdapat beberapa k4ndung4n mineral serta vitamin yang ada pada krokot jadi tak heran jika krokot mempunyai manfaat yang sekian besar untuk membantu mengatasi masalah kesehatan dalam tubuh manusia.

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan Semua anggota dari tanaman krokot bisa digunakan sebagai obat herbal baik itu daun, batang, bunga, sampai akarnya baik dalam kondisi tetap masih segar maupun telah kering. Dan itu bermacam type Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan yang
perlu kita kenali.

Mengatasi penyakit maag

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan Krokot tanaman liar ini bisa menolong menangani penyakit maag yang anda derita.

Langkah meraciknya juga mudah yaitu dengan mempersiapkan krokot yang tetap masih segar
lalu diuapkan selama 5 menit lalu dihaluskan dan diper4s dan air perasannya dapat
diminum 3 kali dalam satu hari.


Menghindar penyakit jantung

K4ndung4n omega 3 pada daun krokot yang termasuk cukup tinggi bisa menolong menghindar penyakit jantung koroner sampai sroke menyer4ng badan kita. Selain itu juga baik untuk dikonsumsi oleh anak­anak autism untuk membantu pergantian kecerdasan otak si anak.

Langkah mengonsumsinya untuk menghindar penyakit jantung yakni semua sisi tanaman krokot dibikin bersih di. tum. buk halus dan berikanlah air lalu diper4s dan disaring lantas untuk lebih fresh dapat ditambah dengan madu serta minum satu hari 2 kali.

Menyehatkan mata

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan Batang dan daun krokot mempunyai k4ndung4n vitamin A yang tinggi dari pada sayuran berdaun hijau yang lain. Vitamin A yaitu anti-oksidan yang sekian baik dan alami yang paling penting dalam membantu menyehatkan pandangan kita diluar itu vitamin A juga bisa membuat perlindungan selaput lendir. Jadi dengan konsumsi krokot yang bisa juga jadikan sayuran ini bisa membantu buat mata tetaplah sehat.

diluar itu konsumsi buah dan sayur yang kaya vitamin A di dalamnya bisa pula membantu membuat perlindungan tubuh dari penyakit kanker rongga mulut dan paru­ paru.
Menangani radang usus Mempunyai masalah pada usus atau radang usus dapat diatasi dengan obat herba dari krokot ini. Langkah buat ramuannya cukup mudah yaitu dengan mengambil semua.

sisi krokot batang, akar serta daun lantas ditumbuk sampai halus dan diper4s jangan pernah lupa disaring untuk dapatkan air perasan yang bersih. Nah, air perasan itu lebih dengan air masak dan minumlah 3 kali dalam satu hari.

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Badan

Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Tubuh yang lain yakni bisa menyembuhkan disentri, diare akut, menyembuhkan cacingan, sesak nafas, serta mengatasi tubuh yang nyeri atau pegal­ pegal. Sesungguhnya dalam konsumsi ramuan ini nyaris sama yakni dengan melembutkan dan mem3ras airnya lantas air perasannya diminum, dapatkah dikonsumsi sebagai sayuran sehari-hari.

Itu Manfaat Krokot Untuk Kesehatan Tubuh yang sekian ajaib, disebut ajaib karena satu tanaman yang diduga liar pengganggu bisa mengatasi berbagai penyakit dan mempunyai k4ndung4n vitamin dan mineral yang demikian baik untuk badan kita.

Rabu, 19 Oktober 2016

Batu Karang

Seorang remaja lelaki datang ke klinik dan mengadu sakit di bahagian bawah perut sebelah kanan. Kalau kat sebelah kanan sakit, tipikal mesti appendicitis (keradangan appendiks – orang Malaysia pangggil appendiks walaupun appendiks ialah sebahagian daripada usus).

Setelah ujian air kencing dijalankan, saya mendapati remaja kencingnya berdarah dan sekarang diagnosis bertukar kepada batu karang. Setelah buat X-Ray semua, sahlah remaja ini mempunyai batu karang pada saluran kencingnya. Nasib baik saiz batu itu masih kecil, jadi bagi ubat untuk pecahkan batu dan nasihat supaya banyakkan minum air masak.

Pemantauan seterusnya mendapati, batu karang itu sudah hilang. Baguslah adik, kata saya. Muda-muda lagi dah kena penyakit macam ni. Mesti jaga makan ok.

Sakit yang dirasa apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing dikatakan antara sakit yang sangat sakit. Secara logiknya, tentulah sakit kerana batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan.

Faktor Menyebabkan batu karang

1. Kurang minum air – Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu.

2. Sejarah keluarga atau diri-sendiri – Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi.

3. Umur – Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun.

4. Jantina – Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5. Penyakit lain – Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin).

6. Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.

Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon)

7. Kesan sampingan ubat – Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat.

8. Pemakanan – Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama.

9. Kurang aktif – Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jenis-jenis batu karang

Batu karang ada beberapa jenis bergantung kepada campuran bahan-bahan yang membentuknya.

1.Batu kalsium – Jenis batu paling lazim yang merupakan campuran 2 bahan, iaitu kalsium dan oxalate. Pesakit batu jenis kalsium seharusnya mengurangkan gula atau makanan jenis karbohidrat yang diproses. Kerana peningkatan gula dalam darah akan meningkatkan penghasilan insulin, menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium melalui buah pinggang, jika ditambah dengan kurang minum air, makan kalsium tadi akan membentuk kristal.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat batu karang jenis kalsium mendapat manfaat daripada makanan vegetarian yang berserat tinggi kerana pecahan protein haiwan ialah asid urik dan asid oxalik yang mana terlibat dalam pembentukan batu karang.

2.Batu struvite – Lebih banyak berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing yang menghasilkan enzime tertentu yang meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite

3.Batu asid urik – Peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan.

4.Batu sistein – Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku dan hanya berlaku dalam individu yang mempunyai penyakit genetik : sistinuria , yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino sistin dalam jumlah yang banyak sehingga menyebabkan pembentukan batu.

Simptom batu karang

1.Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit. Dari 10 poin, dia cakap 10. Ada juga orang cakap, bagi wanita, sakit yang paling sakit ialah melahirkan anak. Bagi lelaki pula, batu karang lah. Sakit ini juga tidak berterusan. Apabila batu tidak bergerak atau ditolak ke dalam pundi kencing, sakitnya juga akan hilang.

2.Kencing berdarah

3.Kencing berpasir

4.Air kencing keruh dan busuk

5.Rasa pedih ketika kencing dan mungkin demam jika terdapat jangkitan pada salur kencing
Pemakanan Untuk Si Pesakit Batu Karang

Untuk batu yang kecil, dinasihatkan anda minum air dengan banyak dan doktor akan bekalkan sejenis garam potassium citrate yang boleh memecahkan batu menjadi saiz lebih kecil kerana batu itu akan keluar melalui air kencing namun untuk batu yang besar, prosedur ESWL iaitu pemecahan batu dengan laser atau pembedahan mungkin diperlukan kerana sekali batu terbentuk, batu perlu dipecahkan sebelum dikeluarkan melalui air kencing.

Bagi mengelakkan pembentukan batu, pemakanan di bawah boleh diamalkan.

Selain menambahkan makanan yang tinggi serat dan mengurangkan protein haiwan, pengambilan garam yang tinggi juga boleh meningkatkan kehilangan kalsium daripada air kencing, yang turut menyumbang kepada pembentukan batu karang. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium daripada usus dan pengeluaran kalsium dari tulang yang juga turut menyebabkan batu karang pada sesetengah orang yang mempunyai risiko. Disebabkan susu diperkaya dengan vitamin D, maka mungkin ini salah satu sebab kejadian batu karang kepada pengguna produk tenusu. Selain itu, kafein juga meningkatkan kalsium dalam air kencing.

Untuk batu jenis oxalate pula, seseorang harus mengehadkan pengambilan makanan tinggi oxalate. Makanan tinggi oxalate termasuk : kacang, koko, kopi, parsley, bayam, teh, lobak merah, seleri, anggur, kale, lada hitam dan ubi keledek. Alahai, banyaknya kan?

Pengambilan pyridoxine (vitamin B6) yang tidak lebih 150mg sehari banyak membantu untuk mengurangkan pembentukan baju karang jenis oxalate. Mengurangkan makanan tinggi oxalate kurang membantu dalam penyingkiran oxalate dalam air kencing, tapi vitamin B6 jauh lebih baik untuk mencegah batu karang jenis oxalate secara keseluruhan.

Kekurangan vitamin A dan K juga menjadi penyebab pembentukan batu karang. Ini disebabkan oleh kedua-dua vitamin ini diperlukan untuk membuat protein yang ditemui di dalam air kencing yang mengelakkan pembesaran kristal kalsium oxalate. Mengambil suplemen asid glutamic (sejenis asid amino) dan jus aloe vera mungkin perlu untuk mencegahan dalam beberapa kes batu karang.

Bagi batu karang jenis asid urik pula, amalan pemakanan vegetarian, suplemen asid folik dan potassium citrate sangat membantu. Citrate adalah perencat kepada pembantukan batu karang yang biasanya disarankan oleh beberapa pakar yang merawat batu karang. Paras citrate yang rendah telah ditemui didalam 20 hingga 60% pesakit batu karang. Elakkan pengambilan alkohol kerana alkohol meningkat asid urik, kalsium dan fosfat di dalam air kencing dan mengurangkan vitamin B6 dan magnesium yang menolong mencegah pembentukan batu karang.

Vitamin C dalam dos yang tinggi (lebih daripada 6,000mg sehari) dikatakan boleh meningkatkan pembentukan batu karang, namun sebenarnya tiada kajian yang membuktikan dakwaan ini. Malahan terdapat beberapa kajian yang diterbitkan mendakwa sebenarnya supelemen vitamin C boleh mengelakkan batu karang. Jika vitamin c digabung dengan magnesium citrate dan vitamin B6, pencegahan batu karang adalah lebih meyakinkan.

Cadmium yang berlebihan dalam badan juga sering menjadi punca batu karang. Cadmium berlebihan boleh disingkirkan dari badan dengan suplemen zink, vitamin B6, magnesium dan vitamin C. Last but not least, jika anda mempunyai sejarah batu karang, baguslah anda menghindarkan mengelakkan asid amino L-cystine secara berlebihan. Dapatkan nasihat doktor untuk tindakan yang terbaik untuk anda

Sabtu, 15 Oktober 2016

Stroke

Coba Lakukan Trik Ini Jika Anda Penderita Stroke Insya Allah Dapat Membantu, Juga Bisa Mengatasi Nyeri Dan Kesemutan Hingga M4ti Rasa di Tangan. Selamat Mencoba.! Share Ya.

Ada bėbėrapa aspėk yang bėrpėran pada kondisi ini sėrta ini tėrmasuk juga pėnyakit, kėh4milan, obėsitas atau cėdėra. Juga, mungkin saja dikarėnakan olėh gėrakan bėrulang dalam pėriodė panjang, sėpėrti pėmakaian pėriodė panjang dari mousė sėrta kėyboard dan alat­ alat tangan bėrgėtar.

Sėlain dari bėragam pėrawatan yang dipakai untuk mėmpėringan CTS, sėpėrti n0n­stėr0id anti­ inflamasi sėrta ės komprės untuk mėnyingkirkan rasa sakit sėrta kurangi pėmbėngk4kan, disini kami mėnawarkan latihan tangan simpėl yang bisa sėcara pėnting mėningkatkan kondisi Anda.
 
Info­grafik bėrikut ini bakal tunjukkan bagaimana lakukan latihan tėnd0n mėluncur sėndiri sėrta dėngan hal tėrsėbut mėlindungi CTS dibawah k0ntr0l. Bila Anda miliki waktu, kėrjakan latihan ini 3­-4 kali satu hari.
 
Bila Anda mėnganggap ini mėnguntungkan, bėrbagi dėngan rėkan sėrta kėluarga karėna Anda !