Khamis, 24 Disember 2015

Tebu Hitam


TEBU HITAM
Pokok tebu hitam mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional. Akar pokok tebu hitam dan kemudian direbus bersama dengan batangnya. Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan malam untuk meredakan jantung berdebar, menurunkan kadar kolestrol terutamanya digantung dan darah dalam badan. Ianya juga dapat menaikkan tekanan darah rendah. Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya. Air perahan tebu hitam diminum untuk mengurangkan kepanasan badan. Untuk merawat batuk, batang tebu hitam dibakar dan perah airnya. Air perahan tersebut diminum untuk meredakan
Sekiranya tebu hitam ini ditanam ditanah yang berair (gambut dan paya) tebu ini akan memberikan hasil yang kurang manis, untuk menyelerakan ianya boleh dicampur dengan gula merah @ gula Melaka secukup rasa.
Minum air rebusan tebu ini 2 kali sehari pagi dan malam. Eloknya ianya diminum sebelum sarapan pagi dan sebelum tido malam.
Untuk mendapatkan hasilnya yang mujarab, amalkan meminum rebusan tebu hitam ini selama sebulan.
Diriwayatkan dalam hadis sahih Al-Haudh,"Maknanya lebih manis daripada gula." Tebu hitam merupakan sesuatu yang baru bagi orang dahulu, bahkan mereka tidak tahu bahawa gula itu ada. Disebabkan itu, madu diceritakan secara meluas sebagai minuman ataupun ubat berbanding gula.
Tebu hitam juga bersifat panas dan basah, mampun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuangkan hampasnya. Tebu juga dikatakan boleh membersihkan pundi kencing dan kerongkong, kerana ianya lebih berkesan sebagai julap yang membersihkan segala ruang pembuangan tubuh manusia.
Ia juga melegakan muntah, melancarkan pembuangan air kecil dan menstimulasi pengeluaran sperma bagi kaum lelaki. Affan bin Muslim As Saffar berkata, "Sesiapa menghisap tebu setelah makan akan menemui kegembiraan sepanjang harinya."
Tebu hitam yang dipanggang boleh membuang gangguan tekak dan dada, namun tebu juga mempunyai angin, namun boleh diredakan apabila tebu dikupas kulit dan dicuci dengan air panas.
Tebu hitam tidak hanya sekadar sebagai bahan gula, namun juga mempunyai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh jika diamalkan untuk masalah kesihatan yang tertentu.
1. Menguatkan gusi dan gigi
Cairan yang ada di buah tebu hitam dapat membuat gusi dan juga gigi anda menjadi kuat, caranya dengan meminum air tebu yang sudah dicampir air jeruk nipis dan juga garam.
2. Mencegah strok
Minum air tebu hitam secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga membantu menghindar strok.
3. Melawan kanser payudara
Kandungan yang berada pada buah tebu hitam merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap.
4. Mengatasi hidung berdarah
Potonglah bahagian tebu yang paling hujung setelah itu rebus dengan air secukupnya, campurkan garam dan juga gula. Jika sudah sejuk tapis airnya dan minum.
5. Baik untuk diabetes/ kencing manis
Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu hitam sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu hitam juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.
6. Menyembuhkan selesema dan sakit kepala
Anda salah jika berfikir kalau minum jus tebu agak berbahaya kerana boleh menimbulkan selesema dan sakit kepala. Kerana sebaliknya, minum air atau jus tebu mampu membantu menyembuhkan selesema dan sakit kepala.
7. Mengatasi badan berangin
Ambil tiga helai daun tebu hitam, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan daun tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari. Insya Allah mampu mengeluarkan angin di dalam badan.
# Tebu hitam jenis ini juga mempunya kelebihan dimana ianya mempunyai aura yang tersendiri yang mana ianya boleh menolak gangguan ilmu hitam dan memagar rumah kita daripada gangguan ilmu hitam. Tanamlah pokok tebu hitam jenis ini di penjuru kawasan rumah. Diiringi dengan doa, insyaAllah kita akan dilindungi.
“TUMBUHAN KURNIAAN ALLAH ADA KHASIATNYA, KITA HARUS YAKIN DAN DIIRINGI DENGAN DOA MEMOHON PADA PENCIPTANYA. PERCAYALAH TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI KECUALI TUA DAN MATI”
Selamat Mencuba .. Emotikon smile

Tiada ulasan:

Catat Ulasan