Jumaat, 26 Februari 2016

Hilangkan panau


{::}Panau adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Iaitu kulat dari jenis genus Malassezia. Sekiranya kulit anda berpanau, tentu akan berasa gatal-gatal semasa berpeluh. Lepas tu ianya agak berdebu bila digaru. Mesti tak selesa, kan?

{::}Justeru itu, bagi anda yang ingin sangat menghilangkan panau di badan ni, cubalah satu petua berikut;

1. {::}Dapatkan 2 helai daun gelenggang dan basuhlah supaya ia bersih.

2. {::}Kemudian, anda letakkan daun gelenggang tu kat tapak tangan. Putar-putarkan daun tersebut sampai lumat.

3. {::}Bila dah lumat, sapukanlah pada kawasan kulit anda yang ada panau tu.

4. {::}Buatlah petua ni 2 kali sehari sehingga panau tersebut hilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan