Khamis, 19 Mei 2016

Bahaya Makan Daging Kambing

5 Bahaya Makan Daging Kambing



(**)Anda suka makan daging kambing? Menikmati daging kambing memang bermanfaat dan berkhasiat untuk tubuh. Namun, jika dimakan secara berlebihan, bahaya daging kambing buat kesihatan anda tetap ada.


(**)Daging kambing merah menduduki tempat keempat dalam senarai makanan yang memiliki kadar kolestrol tinggi. Bagi mereka yang memiliki penyakit hipertensi ataupun kolesterol, wajib menghindari makanan ini. Bagi penghidap penyakit buah pinggang, pengambilan daging kambing secara berlebihan sangat berbahaya terutama ketika buah pinggang sedang bekerja keras menghadamkannya.Efeknya, akan terjadi pengendapan protein-protein pada beberapa organ sulit.

(**)Berikut beberapa bahaya daging kambing buat kesihatan jika dimakan secara berlebihan:

(**)1. Penyakit Jantung

(**)Kerap dan banyak memakan daging kambing boleh mengundang penyakit jantung. Ini adalah kerana disebabkan kandungan lemak haiwan yang banyak. Penimbunan lemak yang banyak boleh sampai ke pembuluh darah. Jika terjadi penyempitan pembuluh darah disebabkan lemak yang terlalu banyak, akan diserang sakit kepala kerana pengaliran darah yang sepatutnya sampai ke otak terhalang oleh pembuluh darah.

(**)2. Risiko Kolesterol Tinggi

(**)Kolesterol tinggi merupakan bahaya daging kambing, yang mencapai 39 mg pada setiap 100 gram. Meskipun kolesterolnya tidak setinggi daging lembu, namun anda tetap perlu berhati-hati. Seseorang yang memiliki kolesterol normal juga berisiko mendapat penyakit kardiovaskular.

(**)3. Pedih Ulu Hati

(**)Bahaya daging kambing boleh membuatkan ramai orang sakit kepala, mulut pahit sehingga membawa kepada pedih ulu hati.

(**)4. Gangguan Penghadaman (Sembelit)

(**)Daging kambing merupakan salah satu daging merah yang memiliki tekstur tidak terlalu baik. Sehingga pengolahan di dalam tubuh kita juga sedikit lama. Untuk itu, proses penghadaman juga menjadi lebih lama. Jadi, sebaiknya jangan makan secara berlebihan.

(**)5. Bahaya Obesiti

(**)Kadar lemak jahat yang ada pada tubuh serta penimbunan LDL mampu meningkatkan risiko bahaya obesiti. Jika penimbunan lemak tersebut berada pada kawasan pembuluh darah, risiko lain yang muncul adalah penyempitan pembuluh darah. Perkara ini akan mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan