Selasa, 20 Oktober 2015

Perut Buncit & Boroi

Posted: 17 Oct 2015 11:37 AM PDT
Perut Buncit & Boroi?

Mesti malu kalau miliki perut buncit atau boroi. Kalau belum kahwin perut dah buncit, memang tak ada siapa yang nak nanti.
Wanita pun alami masalah perut buncit. Mesti malu kalau nak pakai baju yang mengikut bentuk badan. Tiba-tiba ada ‘baby bump’.

Masalah perut buncit disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pengumpulan lemak di perut, gas di perut dan makan lewat malam.
Tapi, 7 jenis buah-buahan ini mampu mengatasi masalah anda ini. Nak perut rata, amalkan setiap hari okay!

1. Tembikai

Tembikai
Buah ini kaya dengan air. Selain itu, ia mengandungi amino asid, vitamin A & C. Kandungan tersebut mampu meratakan perut dan juga menurunkan berat badan.

2. Betik

Betik
Kandungan lemak dalam betik adalah sangat rendah. Betik mengandungi banyak enzim yang baik untuk pencernaan dan mampu memecahkan lemak. Diet betik selama 10 hari mampu mengurangkan lemak di pinggang.

3. Nenas

Nenas
Nenas mengandungi banyak vitamin C dan rendah kalori. Nanas mampu meningkatkan metabolisme dan membantu mengurangkan lemak.

4. Avokado

Avokado
Avokado kaya dengan serat. Asid lemak tepu dalam avokado membantu mengurangkan lemak dengan cepat. Kulit pun jadi cantik.

5. Pisang

Pisang
Pisang mengandungi enzim yang berfungsi mempercepatkan proses pencernaan dan mengelakkan terjadinya perut buncit. Makan pisang setiap hari untuk membantu proses pembakaran lemak pada perut.

6. Epal

Epal
Epal mampu mengurangkan rasa lapar. Bukan itu sahaja, kandungannya juga mempunyai fungsi untuk membakar lepak pada perut.

7. Anggur

Anggur
Sama seperti epal dan avokado, anggur juga buat kita cepat rasa kenyang. Makan anggur mampu menghancurkan lemak yang terkumpul pada perut. Diet buah anggur selama 10 hari mampu menurunkan berat badan sebanyak 10 paun.




PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan