Sabtu, 7 November 2015

Posted: 06 Nov 2015 06:20 AM PST

Buah lemon memang sangat masam dan tak boleh dimakan macam tu je.
Tapi, tahukah anda lemon kaya dengan nutrien penting seperti vitamin C, vitamin B- kompleks, kalsium, zat besi, magnesium, kalium, dan serat. Banyak kan khasiatnya!
Ramai yang tahu bahawa air lemon boleh dijadikan sebagai air detoks. Tapi, apa lagi kebaikannya?

1. Mengurangkan keradangan

1
Air lemon mampu untuk mengurangkan asid dalam badan anda. Ia membuang asid urik di dalam sendi anda, yang menjadi punca utama keradangan.

2. Baik untuk penghadaman

2
Bukan sahaja baik untuk penghadaman, malah baik untuk saluran pencernaan. Air lemon juga membantu melegakan rasa ketidakhadaman seperti pedih hulu hati, sendawa dan kembung.

3. Menurunkan berat badan

3
Lemon mengandungi serat pektin, yang membantu untuk melawan rasa lapar dan tidak akan makan banyak. Boleh kurus!

4. Membuang toksin

Lemon-Juice
Air lemon berupaya membuang toksin dalam badan dengan meningkatkan fungsi enzim dan merangsang hati anda.

5. Kulit jadi cantik

4
Antioksidan dalam lemon membantu mengurangkan bintik hitam dan juga kedutan. Ia juga boleh digunakan untuk parut dan kulit akan jadi cantik.

6. Menguatkan sistem imunisasi

5
Vitamin C baik untuk sistem imun kita. Tahap vitamin C dalam tubuh akan hilang jika berada dalam tekanan dan buat kita jatuh sakit. Jadi, tak perlu beli vitamin C di luar, hanya amalkan air bersama lemon sahaja.

7. Baik untuk jantung

6
Kandungan kalium yang tinggi dalam air lemon baik untuk kesihatan jantung, otak, serta fungsi saraf.

8. Segarkan nafas

7
Tahukah anda bahawa lemon membantu melegakan sakit gigi? Ini kerana asid sitrik boleh menghakis enamel gigi. Jadi, tak ada lagi nafas berbau kerana bakteria!

9. Membantu mereka yang ketagih kafein

8
Ramai yang anggap kopi mampu membuatkan mereka segar dan bersemangat di waktu pagi. Tetapi, bagi mereka yang dah ketagih, air lemon mampu membantu dan anda akan tetap rasa segar.

10. Membantu melawan jangkitan virus

9
Air lemon panas berkesan untuk mengurangkan jangkitan virus dan sakit tekak. Jus lemon juga mampu meningkatkan sistem imun anda.

kredit

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan