Selasa, 10 November 2015

Epal


Posted: 09 Nov 2015 05:36 AM PST
epal

Bila sebut je buah epal, mesti ramai yang teringatkan kisah dongeng “Snow White”yang tidur selamanya kerana makan buah epal beracun.
Siapa yang tidak sukakan buah epal? Rasanya yang manis, pasti ramai yang menjadikan epal sebagai buah kegemaran mereka.
Tahukah anda, selain rasa yang memang sedap, ada banyak manfaat buah epal untuk kesihatan yang anda tidak tahu!

Mencegah Kanser

1
Kandungan antioksidan dalam epal mengurangkan risiko diserang kanser. Menurut kajian yang dilakukan di Amerika, epal dapat mencegah sel kanser dari berkembang dalam tubuh sebanyak 17 peratus.

Mencegah Diabetes

2
Buah epal dapat mengurangkan risiko diabetes kerana Filopenol yang terkandung dalam buah epal dapat menyerap karbohidrat yang boleh menjaga gula darah dalam tubuh.

Menjaga Berat Badan

3
Epal kaya akan serat dan kalori, yang membuatkan perut rasa cepat kenyang. Pectin yang terkandung dalam epal juga membuatkan anda tetap rasa kenyang.

Meningkatkan Kekuatan Tulang

4
Buah epal banyak mengandungi kalsium, antioksidan yang dapat meningkatkan kekuatan tulang. Selain itu buah epal juga mengandungi flavon yang baik untukmencegah osteoporosis.

Mencegah Asma

teen-wolf-stiles-inhaler
Jika kamu mempunyai asma, cuba amalkan makan buah epal. Epal merupakan sumbervitamin C yang baik. Selain itu asid yang terkandung dalam epal boleh membantu pesakit asma untuk bernafas lebih lega.

sumber : hanasuva


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Seb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan