Sabtu, 21 November 2015

Ini Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

2 
Click Here
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang! | Buah pinggang atau ginjal satu organ penting dalam badan... Ianya bertindak sebagai organ perkumuhan yang penting untuk memproses bendalir dan sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Antara fungsi buah pinggang:

  • Kilang penapis yang bekerja sepanjang masa. Ia menapis kira-kira 200 liter darah sehari untuk menyingkir bahan buangan dan air berlebihan daripada badan menerusi air kencing.
  • Mengawal jumlah cecair dan elektrolit dalam badan, 
  • Mengawal tekanan darah, ­
  • Membantu penghasilan sel darah merah dengan mengeluarkan hormon eritropoietin yang penting dalam proses pembentukan darah
  • Mengekalkan kesihatan tulang dengan mengawal tahap kalsium serta fosforus dalam darah.

Kebanyakan dari kita tak menyedari bahawa kita hidap sakit ini sehinggalah dah teruk baru dapat tahu. Sakit buah pinggang hanya dapat diketahui melalui pemeriksaan darah. Namun begitu, tanda awal dan siptom-siptom yang berlaku boleh dijadiikan satu aras tanda sebagai langkah dan tindakan untuk berwaspada dengan penyakit ini... 
  1. Perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing.

  2. Mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya pesakit akan mengalami keletihan yang melampau.

  3. Mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang  mengalami kegagalan.

  4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh akan menyebabkan pesakit mengalami kegatalan yang teruk.

  5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

  6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

  7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

  8. Merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

  9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

  10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Ada juga gejala lain penyakit buah pinggang:
  • Berat badan menurun tanpa sebab.
  • Rasa loya atau muntah.
  • Letih, lesu atau sakit belakang.
  • Penukaran kekerapan atau corak pembuangan air kencing.
  • Air kencing yang me­ngandungi darah.
  • Rasa pedih ketika membuang air kencing.
  • Bengkak pada muka, kaki dan abdomen.
  • Kesukaran untuk tidur malam.
Penyakit buah pinggang, boleh dicegah dengan amalan berikut:
  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
Sayangi buah pinggang kita.. jaga makan. dan jangan makan makanan dan ubat-ubat serta supplement berat.. kesian buah pinggang nak proses... Buah pinggang kita anugerah Allah yang tiada spare part nya.. Kalau ada pun susah nak dapat kan.. 
Sumber: HMetro, Malaysiakini, utm.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan