Sabtu, 21 November 2015

Buahan Dan Herba

Khasiat Buah – Buahan Dan Herba

Allah Taala menciptakan buah-buahan  yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing. Setiap ciptaan Allah juga ada manfaat dah hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Di sini, ingin menerangkan serba-sedikit manfaat buah-buahan yang biasa kita makan…
1.     Limau
Buah limau ini baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit “Askarbut”.
Jus limau pula sangat elok untuk pembersihan dalaman iaitu menolong melancarkan air kencing dan membuang racun di saluran kencing dan meredakan kesakitan sewaktu membuang air kecil. Jus limau juga boleh menghilangkan dahaga, membuang kahak dan merendahkan suhu panas dalam badan.
2.     Delima
Merupakan salah satu dari buah-buhan yang terdapat di syurga. Ia banyak faedahnya, kulitnya dikeringkan serta dijadikan serbuk yang halus, digunakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut, menghentikan cirit birit, menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi, boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya. Manakala bijinya menghalang  kesukaran penghadaman.
3.     Zaitun
Zaitun banyak manfaatnya iaitu baik untuk sakit buah pinggang dan hati. Daunnya boleh menguatkan gusi dan sakit tekak, minyaknya pula elok untuk rambut gugur. Apabila di minum bersama secawan air suam di waktu pagi sebelum memakan apa-apa makanan, merupakan penawar bagi sakit hempedu dan kurang darah (enimia).
 4.     Buah Tin
Kaya dengan protin dan vitamin B dan D, sodium, kali(a)emia, kalsium, magnesium, zat besi, tembaga, phosphorus, iodine iaitu alkali.Baik untuk sakit buah pinggang, sakit dada. Kalau digunakan dengan berkumur-kumur baik untuk luka-luka mulut dan gusi serta julap. Penawar bagi sembelit, ubat bagi luka-luka dan bisul, caranya ambil buahnya yang telah dikeringkan, pecah atau hancurkan ia kemudian dimasak bersama susu, selepas ia sejuk letakkan di tempat luka dan balut, amalkan tiga kali sehari.
 5.     Limau Nipis
Limau nipis yang dimasak sehingga mendidih sesuai untuk melegakan batuk juga penawar bagi penyakit cirit-birit apabila diminum dua biji jus limau nipis bersama setengah cawan air.
Ia juga baik untuk penyakit tekak dan daging kiri dan kanan tekak dengan cara berkumur di tekak. Juga berguna untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan dengan cara merendamkannya bersama jintan kemudian dimasak beberapa jam. Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.
6.     Babunag (البابونج)
Sejenis Tumbuhan yang tidak terdapat di Malaysia. Ia hanya terdapat di negara Timur Tengah, Contohnya di Mesir.
Sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga kuning , baik untuk sakit perut, mengecutkan usus, ramatizium, pening kepala, pening yang menjangkau selama setengah bulan
Baik untuk penyakit pedih ketika kencing, sakit ketika haid, iaitu dengan cara ambil sesudu kecil babunag di letakkan di dalam semangkuk air lalu dimasak dan ditutup selama lima minit, diminum ketika panas. Bagi penyakit usus dan perut diminum  ketika sejuk dan elakkan dari menghisap rokok, minum teh dan kopi.
Kalau dibasuh dan mandi menggunakannya baik untuk penyakit kelopak mata, penyakit anggota badan dan ia juga boleh mengumpulkan serangga-seranggan beracun. Berkumur dengannya baik untuk daging kiri dan kanan tekak dan juga mulut. Baik untuk rambut dan membuatkan rambut menjadi warna keemasan. Wapnya baik untuk tekak, batuk, suara serak, sakit telinga dan sakit mata. Serbuknya baik untuk selsema dan apabila serbuknya ditabur di atas penyakit kulit seperti ekszima, bisul, penyakit kuku (onychia) boleh menyembuhkan penyakit tersebut.
 7.     Jemuju (الينسون)
Jemuju (الينسون)
Boleh mencergaskan dan menguatkan hati dan pernafasan serta otak. Elok untuk proses penghadaman, pening kepala, batuk, asma, penyakit di rongga-rongga, sakit ketika haid, cirit-birit besar dan kecil, kembung perut, memudahkan keluar susu ketika menyusu anak, ia juga menguatkan sistem pengadaman bagi golongan tua, manakala bagi wanita yang putus haid baik untuk menguatkan  ovari.Ia juga memudahkan keluar anak ketika bersalin. Minyaknya pula baik untuk membunuh segala parasit di kepala.
8.     Zu’tar (الزعتر)
Zu’tar (الزعتر)
Boleh mengurangkan sakit perut dan hati, menghalang dari jangkitan penyakit, mencergas dan menguatkan badan
.Baik untuk sistem saraf, ketika datang haid, telinga berdengung dan pening kepala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan